Antarabangsa
Konflik Palestin-Israel: China tuduh AS pengganggu terbesar keamanan serantau
China menuduh Amerika Syarikat (AS) sebagai pengganggu terbesar keamanan dan kestabilan serantau dunia, lapor portal berita TRT World pada Rabu.

- China menuduh Amerika Syarikat (AS) sebagai pengganggu terbesar keamanan dan kestabilan serantau dunia, lapor portal berita TRT World pada Rabu.
- Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons ‘pedas’ Beijing terhadap laporan Pentagon yang mendakwa negara itu sedang membentuk kekuatan ketenteraannya.
- “AS telah menghantar peluru uranium dan bom berangkai ke Ukraine, menghantar kumpulan kapal pengangkut jet tempur ke Laut Mediterranean termasuk senjata serta peluru ke Israel.
- “Adakah ini yang dipanggil pembela hak-hak asasi manusia?” kata jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian.
BEIJING – China menuduh Amerika Syarikat (AS) sebagai pengganggu terbesar keamanan dan kestabilan serantau dunia, lapor portal berita TRT World pada Rabu.
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons ‘pedas’ Beijing terhadap laporan Pentagon yang mendakwa negara itu sedang membentuk kekuatan ketenteraannya.
“AS telah menghantar peluru uranium dan bom berangkai ke Ukraine, menghantar kumpulan kapal pengangkut jet tempur ke Laut Mediterranean termasuk senjata serta peluru ke Israel.
“Adakah ini yang dipanggil pembela hak-hak asasi manusia?” kata jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian.
Laporan Pentagon itu dikeluarkan berikutan amaran tahun lepas bahawa China sedang mengembangkan kuasa nuklearnya dengan pantas sejajar dengan pembentukan tenteranya.
Beijing turut dilaporkan berada di landasan yang tepat untuk meningkatkan peledak nuklear perang hampir empat kali ganda kepada 1,500 unit menjelang 2035.
AS dalam masa sama menjual senjata bernilai berbilion dolar kepada Taiwan yang dikatakan bertujuan untuk mempertahankan diri.
“Kami menggesa AS untuk berhenti menggunakan sebarang alasan, apa-apa kaedah untuk mengukuhkan hubungan tentera dengan Taiwan dan secara haram membekalkan senjata kepada Taiwan dalam apa cara sekalipun,” kata Wu Qian.
Sumber: Kosmo
Antarabangsa
Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

- Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
- Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
- Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
- “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
- Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.
Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.
Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS