Terkini
Khalid Masy’al harap Aman Palestin terus bantu aktiviti yang membawa pembebasan Palestin
Ketua Perhubungan Isu Palestin Luar Negara, Khalid Masy’al yang kini mengetuai pejabat diaspora Hamas berharap pertubuhan bukan kerajaan Malaysia, Aman Palestin dapat terus mengumpul dana sumbangan rakyat Malaysia untuk disalur secara terus kepada aktiviti-aktiviti yang akan membawa kepada pembebasan Palestin.
- Khalid Masy’al yang kini mengetuai pejabat diaspora Hamas berharap pertubuhan bukan kerajaan Malaysia, Aman Palestin dapat terus mengumpul dana sumbangan rakyat Malaysia untuk disalur secara terus kepada aktiviti-aktiviti yang akan membawa kepada pembebasan Palestin.
- Kenyataan itu dibuat Masy’al sewaktu Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Diaspora Hamas itu di Doha, Qatar siang tadi.
- “Khalid Masy’al ucap terima kasih dan menyatakan pujiannya terhadap peranan yang dimainkan oleh rakyat Malaysia khususnya Aman Palestin dan Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin.”-Pengarah Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin , Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.
QATAR – Ketua Perhubungan Isu Palestin Luar Negara, Khalid Masy’al yang kini mengetuai pejabat diaspora Hamas berharap pertubuhan bukan kerajaan Malaysia, Aman Palestin dapat terus mengumpul dana sumbangan rakyat Malaysia untuk disalur secara terus kepada aktiviti-aktiviti yang akan membawa kepada pembebasan Palestin.
Kenyataan itu dibuat Masy’al sewaktu Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Diaspora Hamas itu di Doha, Qatar siang tadi.
Menurut Pengarah Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata pertemuan itu sebagai usaha membebaskan Palestin daripada penjajahan Israel.
“Tujuan kunjungan ini sebagai tanda sokongan rakyat Malaysia terhadap pendekatan dan langkah-langkah yang diambil oleh Hamas di dalam menamatkan penjajahan Israel.
“Khalid Masy’al mengucapkan terima kasih dan menyatakan pujiannya terhadap peranan yang dimainkan oleh rakyat Malaysia khususnya Aman Palestin dan Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin.
“Beliau mengesyorkan umat Islam di Malaysia terus memberikan tekanan kepada Israel dan sekutunya,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb.net.
Untuk rekod, Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin ditubuhkan pada Sabtu lalu bagi menggarap semua kekuatan umat Islam untuk disatukan dalam langkah yang lebih strategik ke arah membebaskan Palestin daripada penjajahan rejim Israel.
Gabungan itu disertai hampir 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aman Palestin, Majlis Ulama ISMA (MUIS), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Ikatan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (iPeguam) dan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru).
Turut serta Zaaba Institute, Gerakan Pengundi Sedar (GPS), Kelab Perwira, Arus Baru, Silat Hang Tuah, Persatuan Ahli Seni dan Budaya (PERSENI) dan Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (GASMA).
Gabungan ini akan menjalankan kempen selama dua bulan, selain menjalankan usaha melobi dan menggesa pihak kerajaan serta badan-badan antarabangsa supaya mengatur langkah ke arah membebaskan Palestin.
Antarabangsa
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
- Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
- Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
- Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
- Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
- Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.
Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
Seorang lelaki ditemu bual Haaretz yang akhirnya memilih untuk tidak menyertai tentera menceritakan kisahnya didekati pegawai keselamatan untuk melibatkannya dalam peperangan.
Pegawai itu menjelaskan selepas tempoh latihan dua minggu, dia akan dikerahkan bersama pencari suaka lain.
“Saya bertanya, ‘apa yang saya dapat?’ walaupun sebenarnya saya tidak mencari apa-apa.
“Tetapi kemudian dia memberitahu saya: ‘Jika awak ikut jalan ini, awak boleh menerima dokumen daripada negara Israel.’ Dia meminta saya menghantar salinan fotokopi kad pengenalan saya dan berkata dia akan menguruskan perkara itu,” kata lelaki dikenali sebagai A dipetik Middle East Eye.
Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.
Haaretz juga melaporkan “cara bagaimana tentera Israel mengerahkan pencari suaka dilarang untuk diterbitkan” kerana sekatan yang dikenakan penapisan tentera Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kes GISBH, bukan di bawah bidang kuasa JAKIM – PKPU
-
Terkini4 days ago
Kajian GISBH sudah dibentang kepada JAKIM, tapi tiada tindakan – Dr Maza
-
Terkini4 days ago
GISB: Anwar arah pihak berkuasa, majlis agama segera siasat, ambil tindakan
-
Antarabangsa4 days ago
Badan penyiaran Australia sahkan “Arahan Hannibal” Israel bunuh penduduk sendiri pada 7 Oktober