Connect with us

Antarabangsa

Kereta kebal rejim Zionis mula masuki bandar Gaza

Kereta kebal rejim Zionis memasuki Bandar Gaza, manakala penduduk membaling batu ke arah tentera Israel ketika mereka menyerbu pejuang Palestin di Tebing Barat semalam, lapor portal berita MailOnline.

Wartawan TMT

Published

on

Kereta kebal rejim Zionis mula masuki bandar Gaza
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kereta kebal rejim Zionis memasuki Bandar Gaza, manakala penduduk membaling batu ke arah tentera Israel ketika mereka menyerbu pejuang Palestin di Tebing Barat semalam, lapor portal berita MailOnline.
  • Kebimbangan terhadap nasib lebih 2.2 juta penduduk yang tinggal di Gaza semakin meningkat ketika Israel meneruskan ‘fasa kedua’ perangnya untuk menghapuskan kumpulan Hamas.
  • Kereta kebal Israel memasuki pinggir Bandar Gaza melalui jalan utama dari utara ke selatan wilayah Palestin yang dilanda perang itu, kata beberapa saksi kepada agensi berita AFP.
  • “Mereka menembak mana-mana kenderaan yang dilihat,” kata seorang penduduk, dengan rakaman menunjukkan kereta kebal Israel memusnahkan sebuah kereta. Saksi juga berkata, kereta kebal Zionis kelihatan di daerah Zaytun.

BANDAR GAZA – Kereta kebal rejim Zionis memasuki Bandar Gaza, manakala penduduk membaling batu ke arah tentera Israel ketika mereka menyerbu pejuang Palestin di Tebing Barat semalam, lapor portal berita MailOnline.

Israel meningkatkan operasi ketenteraan di Gaza selepas seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa wilayah Palestin itu di ambang anarki selepas orang awam terpaksa menggeledah gudang untuk mendapatkan makanan dan minum air kotor.

Kebimbangan terhadap nasib lebih 2.2 juta penduduk yang tinggal di Gaza semakin meningkat ketika Israel meneruskan ‘fasa kedua’ perangnya untuk menghapuskan kumpulan Hamas.

Tentera Israel berkata, pihaknya membunuh ‘berpuluh-puluh’ pejuang Hamas dalam tempoh semalaman di Gaza. Hamas juga berkata, pejuangnya terlibat dalam ‘pertempuran sengit’ dengan tentera Israel di utara Gaza.

“Israel mara  beransur-ansur mengikut perancangan di Semenanjung Gaza,” kata jurucakap tentera, Laksamana Muda Daniel Hagari semasa taklimat akhbar semalam.

Kereta kebal Israel memasuki pinggir Bandar Gaza melalui jalan utama dari utara ke selatan wilayah Palestin yang dilanda perang itu, kata beberapa saksi kepada agensi berita AFP.

“Mereka menembak mana-mana kenderaan yang dilihat,” kata seorang penduduk, dengan rakaman menunjukkan kereta kebal Israel memusnahkan sebuah kereta. Saksi juga berkata, kereta kebal Zionis kelihatan di daerah Zaytun.

Advertisement

“Mereka melalui jalan Salahedin dan menembak mana-mana kenderaan yang dilihat,” kata seorang lagi saksi. 

Pertempuran juga berlaku di Tebing Barat iaitu  wilayah Palestin yang dijajah rejim Zionis di timur Israel. Sekurang-kurangnya empat rakyat Palestin terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Israel di Jenin. 

Sehingga Ahad lalu, tentera dan peneroka haram Israel membunuh 115 rakyat Palestin, termasuk 33 kanak-kanak bawah umur di Tebing Barat dengan separuh daripada mereka terkorban semasa operasi serbuan oleh Israel, kata PBB. 

Sumber: Kosmo 

Author

Advertisement

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending