Connect with us

Terkini

Kerajaan sedang muktamad akses pengeluaran akaun fleksibel KWSP – Ahmad Maslan

Kerajaan sedang memuktamadkan akses pengeluaran bagi Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini. 

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan sedang muktamad akses pengeluaran akaun fleksibel KWSP - Ahmad Maslan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan sedang memuktamadkan akses pengeluaran bagi Akaun Fleksibel KWSP, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini. 
  • “Mulai tahun hadapan, kerajaan membuka satu lagi akaun kepada pencarum KWSP iaitu Akaun Fleksibel. Bagaimana kaedahnya, berapa peratus daripada simpanan boleh masuk dalam Akaun Fleksibel…itu semua belum lagi diputuskan.”
  • “Tetapi tujuannya adalah untuk membantu pengeluaran ketika kecemasan,” beliau berkata demikian ketika menjawab Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam-BN) mengenai pengeluaran bersasar oleh pencarum KWSP di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) — Kerajaan sedang memuktamadkan akses pengeluaran bagi Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini. 

“Mulai tahun hadapan, kerajaan membuka satu lagi akaun kepada pencarum KWSP iaitu Akaun Fleksibel. Bagaimana kaedahnya, berapa peratus daripada simpanan boleh masuk dalam Akaun Fleksibel…itu semua belum lagi diputuskan.

“Tetapi tujuannya adalah untuk membantu pengeluaran ketika kecemasan,” beliau berkata demikian ketika menjawab Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam-BN) mengenai pengeluaran bersasar oleh pencarum KWSP di Dewan Rakyat hari ini.

Ketika pembentangan Belanjawan 2024 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Akaun Fleksibel KWSP sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahlinya pada bila-bila masa.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata akaun ahli KWSP akan distrukturkan semula untuk memperkasakan simpanan persaraan.

Dalam pada itu, Ahmad berkata jumlah pelaburan KWSP di pasaran domestik dijangka akan meningkat kepada RM700 bilion pada akhir 2023, iaitu peningkatan sebanyak 9.0 peratus berbanding pada tahun 2022.

Menurutnya, KWSP akan terus memberi keutamaan dalam pelaburan domestik dengan membahagikan sebahagian besar dana tahunannya kepada pasaran tempatan untuk pelaburan domestik termasuk dalam bentuk pasaran wang di bank-bank tempatan.

Advertisement

Setakat bulan Jun 2023, jumlah keseluruhan pelaburan KWSP dalam pasaran domestik adalah sebanyak RM665 billion.  

“Pelaburan KWSP adalah berpandukan alokasi dana yang ditetapkan oleh panel pelaburan KWSP pada setiap tahun. Untuk tempoh 2018-2022, KWSP telah memperuntukkan purata melebihi 80 peratus daripada jumlah peruntukan dana tahunan untuk dilaburkan dalam pasaran domestik.

“Pada 2023, sebanyak RM97 billion atau 83 peratus daripada jumlah alokasi dana tahunan telah diperuntukan,” katanya.

Beliau berkata bagi tempoh 2022-2024, antara pelaburan yang diberi fokus adalah instrumen berpendapatan tetap sebanyak 45.5 peratus, ekuiti tersenarai (42.5 peratus), ekuiti persendirian (3.0 peratus), aset nyata (6.0 peratus) dan instrumen pasaran wang (3.0 peratus). 

Sementara itu, menjawab soalan Khairil Nizam Khirudin (Jerantut-PN) mengenai pemasangan mesin pengeluaran automatik di Batu Balai, Felda Lepar di Pahang, Ahmad berkata Kementerian Kewangan dan pihak bank akan terus berusaha untuk memperluaskan inisiatif perkhidmatan bank bergerak.

Beliau berkata penumpuan kawasan bagi menempatkan bank bergerak itu mengikut kesesuaian lokasi, infrastruktur dan persekitaran.

Advertisement

“Selain itu, kerajaan turut menggalakkan rakyat menggunakan perbankan secara digital, urus niaga perbankan boleh dilakukan pada bila-bila masa secara selamat,” kata Ahmad.  — BERNAMA

Sumber: BERNAMA

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending