Antarabangsa
(VIDEO) Kanak-kanak 12 tahun dirogol, separuh bogel tidak dihiraukan
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dirogol dan berpakaian separuh bogel dirakam berlegar-legar di sekitar kawasan perumahan di daerah Ujjain, Madhya Pradesh, India.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dirogol dan berpakaian separuh bogel dirakam berlegar-legar di sekitar kawasan perumahan di daerah Ujjain, Madhya Pradesh, India.
Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, kanak-kanak perempuan yang cedera berdarah itu dilihat pergi dari rumah ke rumah untuk mendapatkan bantuan tetapi tidak dihiraukan.
Kanak-kanak malang itu yang dilihat berlegar dalam tempoh sejam dalam rakaman CCTV di kawasan itu juga turut dihalau penduduk setempat.
Polis menemui gadis cedera itu pada petang Isnin lalu berhampiran kuil komuniti dan membawanya ke hospital, di mana dia kini dilaporkan selamat dan sedang menjalani rawatan.
Penguasa Polis Ujjain berkata; “Pemeriksaan perubatan mengesahkan (dia) dirogol. Kami telah membentuk Pasukan Penyiasatan Khas (SIT) dan sedang meneliti perkara ini.
“Kami merayu kepada orang ramai untuk memaklumkan polis jika mereka mempunyai sebarang maklumat,” kata Penguasa Polis Ujjain, Sachin Sharma.
Menurut polis, gadis itu tidak dapat memberikan maklumat penuh berkaitan nama dan alamatnya.
Polis juga mendapatkan akses penuh CCTV bagi mengenal pasti bagaimana gadis itu boleh berada di kawasan itu dan di mana lokasinya diserang.
Polis mendaftarkan kes itu sebagai rogol di mana pelakunya tidak dikenali selain menggunakan Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual (POCSO).
Selain menjejaki keluarganya, pihak polis juga sedang menjalankan siasatan teknikal mengenal pasti pergerakan kenderaan dan orang ramai di kawasan itu dalam usaha memberkas pelakunya.
Sumber: Indian Express
View this post on Instagram