Connect with us

Terkini

Isu tafsir al-Quran: Howard Lee setuju lebih hati-hati – Menteri Agama 

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How menerima baik nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengenai isu tafsiran ayat al-Quran.

Wartawan TMT

Published

on

Isu tafsir al-Quran: Howard Lee setuju lebih hati-hati – Menteri Agama
Foto: Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (kiri) & Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How (kanan).
  • Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How menerima baik nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengenai isu tafsiran ayat al-Quran.
  • Mohd Na’im menyifatkan pertemuan dengan Howard bagi membincangkan isu tersebut sebagai sangat membina dengan persefahaman bahawa Islam wajib ditegakkan di Malaysia sebagai agama Persekutuan.
  • “Howard Lee bersetuju dengan nasihat saya supaya lebih berhati-hati dalam mengambil petikan ayat al-Quran agar tidak menimbulkan salah faham terutama di zaman media sosial ini,” kata Mohd. Na’im dalam hantaran di media sosial.
  • Pertemuan Mohd Na’im dan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP itu berlangsung di sebuah hotel di Kuala Kangsar, Perak malam tadi.
  • Howard sebelum itu dikritik pelbagai pihak berikutan videonya yang memetik ayat al-Quran berhubung konsep taat kepada ulil amri dalam ayat 59 surah al-Maidah.
  • Howard turut mempersoalkan pendirian Pas ketika parti itu bersama DAP dalam Pakatan Rakyat, ketika itu Pas menggalakkan orang bukan Islam menyelami maksud dan maqasid di sebalik al-Quran.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How menerima baik nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengenai isu tafsiran ayat al-Quran.

Mohd Na’im menyifatkan pertemuan dengan Howard bagi membincangkan isu tersebut sebagai sangat membina dengan persefahaman bahawa Islam wajib ditegakkan di Malaysia sebagai agama Persekutuan.

“Howard Lee bersetuju dengan nasihat saya supaya lebih berhati-hati dalam mengambil petikan ayat al-Quran agar tidak menimbulkan salah faham terutama di zaman media sosial ini,” kata Mohd. Na’im dalam hantaran di media sosial.

Pertemuan Mohd Na’im dan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP itu berlangsung di sebuah hotel di Kuala Kangsar, Perak malam tadi.

Howard sebelum itu dikritik pelbagai pihak berikutan videonya yang memetik ayat al-Quran berhubung konsep taat kepada ulil amri dalam ayat 59 surah al-Maidah.

Howard turut mempersoalkan pendirian Pas ketika parti itu bersama DAP dalam Pakatan Rakyat, ketika itu Pas menggalakkan orang bukan Islam menyelami maksud dan maqasid di sebalik al-Quran.

Beliau bagaimanapun  tampil memohon maaf menerusi sidang media pada 26 September lalu selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Permohonan maaf itu dibuat antaranya mengambil kira saranan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menegurnya supaya tidak mengulangi perbuatan membuat tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran.

Media sebelum ini melaporkan, Mohd Na’im akan menyelesaikan isu klip video Ahli Parlimen Ipoh Timur.

Kata Mohd Na’im, perbincangan dilakukan secara dari hati ke hati dan berdialog seperti dengan dengan kawan sambil menerangkan kedudukan al-Quran dalam Islam dan sebagainya.

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Terkini

Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam – MP PKR

Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim (kanan).
  • Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.
  • Hassan berkata jika tanpa sokongan kelompok reformasi Islam yang setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini, Presiden PKR itu juga mungkin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-10 (PMX) hari ini.
  • Justeru PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya diminta supaya mengenangkan jasa individu yang berjuang untuk Islam demi membina negara yang adil dan bersifat Madani.
  • “Pandangan golongan Islam yang membawa idea reformasi tidak patut dipandang ringan atau dianggap picisan.
  • “Jika tiada sokongan golongan reformasi Islam yang setia kepada Anwar Ibrahim selama ini rasanya, ikut hukum adat, Anwar mungkin tak sampai jadi Perdana Menteri kesepuluh,” kata Hassan kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Samsudin di Kongres BERSIH pada Sabtu yang mengingatkan kerajaan bahawa sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini tidak boleh dianggap sebagai agenda picisan.

KUALA LUMPUR — Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.

Hassan berkata jika tanpa sokongan kelompok reformasi Islam yang setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini, Presiden PKR itu juga mungkin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-10 (PMX) hari ini.

Justeru, beliau meminta PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya supaya mengenangkan jasa individu yang berjuang untuk Islam demi membina negara yang adil dan bersifat Madani.

“Gerakan Islam adalah satu komponen penting dalam gerakan reformasi di Malaysia. 

“Gerakan Islam adalah pendukung utama Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beliau menjadi Presiden ABIM kemudian Timbalan Perdana Menteri Malaysia sehingga dipecat pada September 1998.

“Gerakan Islam antara golongan yang setia kepada perjuangan reformasi yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim. 

“Kini Anwar Ibrahim sudah jadi Perdana Menteri Malaysia, justeru Kerajaan Madani sekarang perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama berdekad-dekad dipinggirkan,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Samsudin di Kongres BERSIH pada Sabtu yang mengingatkan kerajaan bahawa sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini tidak boleh dianggap sebagai agenda picisan.

Sebaliknya, kerajaan perlu mengutamakan agenda dibawakan gerakan Islam ataupun Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) supaya ia dapat dijadikan rujukan dalam tampuk pemerintahan hari ini.

Ahmad Fahmi berkata ini kerana gerakan Islam mempunyai kedudukan dan peranan signifikan untuk ke hadapan, bukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai ‘serpihan’ atau ‘ditepi-tepian’.

Kenyataan beliau itu turut disambut baik kelompok bukan Muslim daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong bahawa kerajaan tidak boleh menganggap sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini sebagai agenda picisan.

Hassan menyatakan beliau senada dengan Presiden ABIM bahawa pandangan, tuntutan dan aspirasi reformasi dibawakan gerakan Islam mesti diberi tempat oleh kerajaan yang berkuasa ketika ini.

“Pandangan golongan Islam yang membawa idea reformasi tidak patut dipandang ringan atau dianggap picisan.

“Jika tiada sokongan golongan reformasi Islam yang setia kepada Anwar Ibrahim selama ini rasanya, ikut hukum adat, Anwar mungkin tak sampai jadi Perdana Menteri kesepuluh.

“Lalu PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya sekarang kenangkanlah jasa orang yang selama ini berjuang untuk Islam demi membina sebuah negara yang adil yang bersifat Madani,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending