Antarabangsa
Israel serang lapangan terbang Damsyik dan Aleppo
Israel sekali lagi menyerang lapangan terbang di Damsyik dan Aleppo di Syria, menyebabkan ia kembali tidak beroperasi di tengah-tengah pengeboman tanpa henti di Gaza, demikian lapor media kerajaan Syria.
- Israel sekali lagi menyerang lapangan terbang di Damsyik dan Aleppo di Syria, menyebabkan ia kembali tidak beroperasi di tengah-tengah pengeboman tanpa henti di Gaza, demikian lapor media kerajaan Syria.
- Serangan itu merupakan serangan kali kedua kemudahan itu sejak awal pengeboman Israel ke atas Gaza selepas operasi serangan Hamas pada 7 Oktober di Israel.
- Agensi berita SANA pada Ahad lalu berkata, serangan udara Israel menyasarkan dua lapangan terbang utama itu telah “menyebabkan kematian seorang pekerja awam di lapangan terbang Damsyik serta mencederakan seorang lagi”.
- “Kerosakan material pada landasan lapangan terbang menyebabkan ia tidak dapat beroperasi,” lapor SANA memetik sumber tentera yang tidak dinamakan.
- Kementerian Pengangkutan Syria dalam kenyataan memberitahu semua penerbangan dilencongkan ke lapangan terbang Latakia.
Israel sekali lagi menyerang lapangan terbang di Damsyik dan Aleppo di Syria, menyebabkan ia kembali tidak beroperasi di tengah-tengah pengeboman tanpa henti di Gaza, demikian lapor media kerajaan Syria.
Serangan itu merupakan serangan kali kedua kemudahan itu sejak awal pengeboman Israel ke atas Gaza selepas operasi serangan Hamas pada 7 Oktober di Israel.
Agensi berita SANA pada Ahad berkata, serangan udara Israel menyasarkan dua lapangan terbang utama itu telah “menyebabkan kematian seorang pekerja awam di lapangan terbang Damsyik serta mencederakan seorang lagi”.
“Kerosakan material pada landasan lapangan terbang menyebabkan ia tidak dapat beroperasi,” lapor SANA memetik sumber tentera yang tidak dinamakan.
Kementerian Pengangkutan Syria dalam kenyataan berkata semua penerbangan dilencongkan ke lapangan terbang Latakia.
Pengeboman Israel setakat ini meragut kira-kira 4,400 nyawa di Gaza, menurut angka terkini, dengan kebanyakan mangsa dilaporkan terdiri dari wanita dan kanak-kanak.
Pada awal bulan ini, serangan dron yang melanda sebuah kolej tentera di wilayah Homs Syria, menurut pemantau perang telah membunuh lebih 100 individu.
Iran berulang kali memberi amaran pejuang penentang yang disokongnya di seluruh rantau itu boleh menyerang Israel dan meluaskan skop peperangan sekiranya Israel terus menyasarkan orang awam di Gaza yang disekat tanpa bekalan air, bahan api dan ubat-ubatan pada sebahagian besar tempoh peperangan itu.
Sumber: Al Jazeera
Antarabangsa
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
- “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
- Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
- Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.
Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.
Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.
Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.
Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa2 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia