Connect with us

Terkini

Hanya empat peratus bantuan memasuki Gaza – Agensi PBB

Konvoi kedua sebanyak 14 trak yang membawa bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin sudah memasuki wilayah Gaza menerusi pintu sempadan Rafah, semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Hanya empat peratus bantuan memasuki Gaza - Agensi PBB
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Konvoi kedua sebanyak 14 trak yang membawa bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin sudah memasuki wilayah Gaza menerusi pintu sempadan Rafah, semalam.
  • Reuters melaporkan, tidak lama selepas konvoi kedua yang membabitkan 14 trak memasuki Rafah, satu daripada kereta kebal Israel didakwa melepaskan tembakan yang mengena sempadan Mesir.
  • Tentera rejim Zionis memberi alasan tindakan itu tidak disengajakan.
  • Jurucakap tentera Mesir berkata, tembakan menyebabkan beberapa pengawal sempadannya cedera.
  • PBB memberitahu, jumlah bantuan yang memasuki Gaza setakat ini baru empat peratus daripada purata harian sebelum perang.

GAZA: Konvoi kedua sebanyak 14 trak yang membawa bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin sudah memasuki wilayah Gaza menerusi pintu sempadan Rafah, semalam.

Bagaimanapun, Reuters melaporkan, tidak lama selepas konvoi kedua yang membabitkan 14 trak memasuki Rafah, satu daripada kereta kebal Israel didakwa melepaskan tembakan yang mengena sempadan Mesir.

Tentera rejim Zionis memberi alasan tindakan itu tidak disengajakan.

Jurucakap tentera Mesir berkata, tembakan menyebabkan beberapa pengawal sempadannya cedera.

Menurut media Mesir yang dilapor Anadolu, pintu sempadan itu dibuka selama dua hari berturut-turut dengan konvoi pertama membabitkan 20 trak memasuki wilayah pada Sabtu.

Pejabat kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberitahu, jumlah bantuan yang memasuki Gaza setakat ini baru empat peratus daripada purata harian sebelum perang.

Jumlah itu sebahagian kecil daripada apa yang diperlukan bagi menambah makanan, air, ubat-ubatan dan stok bahan api yang kehabisan.

Penghantaran bantuan kemanusiaan itu bermula selepas rundingan selama beberapa hari sejak konflik meletus antara Israel dan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Sekurang-kurangnya 4,651 rakyat Palestin terkorban akibat serangan rejim Zionis, manakala kira-kira 1,400 penduduk Israel maut dalam serangan mengejut Hamas.

Sumber: Buletin TV3

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending