Terkini
Hantar ‘talian hayat’ ke Gaza
Tindakan rejim Zionis memotong bekalan air, bahan api dan elektrik ke Tebing Gaza sejak 24 hari lalu disifatkan tindakan amat zalim.
- Jurucakap PASRelief berkata, menyedari kepentingan bahan api untuk meneruskan kehidupan, pihaknya tampil menyumbang bekalan diesel bagi memastikan generator dapat dihidupkan sekaligus membekalkan tenaga elektrik di Hospital Europe, Gaza.
- Menurutnya, bekalan elektrik yang diputuskan sejak lebih 3 minggu lalu menjejaskan operasi di hospital-hospital dalam Gaza.
- “Buat masa ini PASRelief berjaya menyalurkan bekalan diesel diperlukan ini terutama bagi menghidupkan bekalan elektrik di Hospital Europe, Gaza City,” katanya.
- “Keadaan di sana ibarat antara hidup dan mati. Kehabisan bekalan elektrik di hospital boleh menyebabkan ancaman nyawa kepada pesakit yang kian meningkat termasuk bayi, kanak-kanak dan warga emas,” katanya.
Kuala Lumpur: Tindakan rejim Zionis memotong bekalan air, bahan api dan elektrik ke Tebing Gaza sejak 24 hari lalu disifatkan tindakan amat zalim.
Sehingga kini, penduduk Palestin di Gaza masih terperangkap dalam keadaan memeritkan dan mengerikan. Mereka hanya menunggu masa menjadi mangsa bedilan bom tentera Israel tanpa henti.
Lebih menyedihkan apabila kekurangan bekalan bahan api ini mengakibatkan perkhidmatan hospital dan kemudahan awam di Gaza terjejas ketika ribuan mangsa serangan Israel memerlukan rawatan.
Jurucakap PASRelief berkata, menyedari kepentingan bahan api untuk meneruskan kehidupan, pihaknya tampil menyumbang bekalan diesel bagi memastikan generator dapat dihidupkan sekaligus membekalkan tenaga elektrik di Hospital Europe, Gaza.
Menurutnya, bekalan elektrik yang diputuskan sejak lebih 3 minggu lalu menjejaskan operasi di hospital-hospital dalam Gaza.
“Mereka terpaksa menggunakan generator untuk bantuan bekalan elektrik. Bagaimanapun generator ini memerlukan kepada bahan bakar seperti diesel.
“Buat masa ini PASRelief berjaya menyalurkan bekalan diesel diperlukan ini terutama bagi menghidupkan bekalan elektrik di Hospital Europe, Gaza City,” katanya.
Menurutnya, ketika kerja penyaluran bantuan bekalan diesel dilaksanakan, pihaknya terdedah kepada sasaran bedilan rejim zionis kerana dianggap membekal bahan bakar kepada pejuang Hamas.
“Hakikatnya mereka sedang menyelamat ribuan nyawa yang kritikal untuk mendapatkan rawatan di hospital.
“Keadaan di sana ibarat antara hidup dan mati. Kehabisan bekalan elektrik di hospital boleh menyebabkan ancaman nyawa kepada pesakit yang kian meningkat termasuk bayi, kanak-kanak dan warga emas,” katanya.
Menurutnya, serangan demi serangan dan sekatan terhadap rakyat Palestin tidak akan mematahkan usaha malah PASRelief yang terus giat membantu mereka.
“PASRelief mengajak dan menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk turut menyumbang buat mangsa perang di Palestin.
“Segala bentuk sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank, Tabung Kemanusiaan PASRelief: 5640 7061 4481 atau melalui: https://infaqpay.my/plus/tabung-bantuan-palestine-pasrelief. Segala maklumat lanjut boleh hubungi hotline PASRelief di talian 017-500 1144,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Antarabangsa
Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
- Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
- Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
- Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.
Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel