Connect with us

Terkini

Hamas hargai sokongan padu PAS, Malaysia terhadap Palestin

Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh menghargai pendirian kuat parti politik PAS dan Malaysia yang secara terbuka menyokong warga Palestin mempertahankan hak mereka daripada kezaliman rejim zionis Israel.

Published

on

Hamas hargai sokongan padu PAS, Malaysia terhadap Palestin
Foto: Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh (kiri) & Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang (kanan).
  • Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh menghargai pendirian kuat parti politik PAS dan Malaysia yang secara terbuka menyokong warga Palestin mempertahankan hak mereka daripada kezaliman rejim zionis Israel.
  • Menerusi Telegram Rasmi Gerakan Hamas, dimaklumkan Haniyeh menerima panggilan telefon daripada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan rakyat Palestin ketika ini.
  • Haniyeh berkata Hadi menegaskan sokongan penuh kepada rakyat Palestin di mana bukan sahaja rakyat Malaysia bersama Palestin, namun negara Islam dan Arab serta seluruh dunia turut menyokong menerusi demonstrasi.
  • “Dia (Hadi) berkata, “Kami berada dalam posisi yang sama dengan Palestin, tua dan muda, lelaki dan wanita,” memandangkan apa yang berlaku di Gaza adalah Holocaust (pembantaian beramai-ramai) sebenar, sambil menambah, “Mereka yang melakukan Holocaust dan melaksanakannya di Gaza”,” kata kenyataan dalam bahasa Arab itu.
  • Haniyeh turut menyeru kepada media supaya terus menyokong rakyat Palestin, mendedahkan jenayah perang Zionis, menafikan naratif mereka, mendakwa pemimpin mereka dan menuntut pihak terbabit bertanggungjawab atas jenayah dan kezaliman dilakukan. 

KUALA LUMPUR — Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh menghargai pendirian kuat parti politik PAS dan Malaysia yang secara terbuka menyokong warga Palestin mempertahankan hak mereka daripada kezaliman rejim zionis Israel.

Menerusi Telegram Rasmi Gerakan Hamas, dimaklumkan Haniyeh menerima panggilan telefon daripada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan rakyat Palestin ketika ini.

Haniyeh berkata Hadi menegaskan sokongan penuh kepada rakyat Palestin di mana bukan sahaja rakyat Malaysia bersama Palestin, namun negara Islam dan Arab serta seluruh dunia turut menyokong menerusi demonstrasi.

“Tengah hari ini (semalam), saudara Mujahid Ismail Haniyeh menerima panggilan telefon daripada Sheikh Abdul Hadi Awang, ketua Parti Islam di Malaysia, di mana beliau mengesahkan sokongannya kepada rakyat Palestin, menegaskan apa yang berlaku adalah permulaan kepada kemenangan yang jelas.

“Dia (Hadi) berkata, “Kami berada dalam posisi yang sama dengan Palestin, tua dan muda, lelaki dan wanita,” memandangkan apa yang berlaku di Gaza adalah Holocaust (pembantaian beramai-ramai) sebenar, sambil menambah, “Mereka yang melakukan Holocaust dan melaksanakannya di Gaza.”

“Bagi pihaknya (Haniyeh), ketua pergerakan itu menyatakan penghargaannya atas pendirian jelas ini dalam menyokong Palestin dan penentangannya yang teguh, memuji kedudukan Parti Islam dan Malaysia, secara rasmi dan popular, menyokong rakyat Palestin dan hak mereka untuk menentang. 

“Beliau juga menghargai usaha yang anda lakukan dalam menyediakan kempen bantuan untuk rakyat kita,” kata kenyataan dalam bahasa Arab itu.

Haniyeh turut menyeru kepada media supaya terus menyokong rakyat Palestin, mendedahkan jenayah perang Zionis, menafikan naratif mereka, mendakwa pemimpin mereka dan menuntut pihak terbabit bertanggungjawab atas jenayah dan kezaliman dilakukan. 

Kenyataan sama turut dikongsikan PAS menerusi platform media sosial parti politik itu pada hari ini.

Pada 7 Oktober lalu, kumpulan pembebasan Palestin iaitu Hamas melancarkan operasi Taufan Al-Aqsa serangan mengejut ke atas Israel sebagai reaksi balas pencerobohan berterusan rejim Zionis ke atas Masjid Al-Aqsa dan tindakan keganasan peneroka haram ke atas warga Palestin di Tebing Barat. 

Gaza kini mengalami krisis kemanusiaan terburuk selepas Israel melakukan sekatan total dengan menyekat bekalan air, elektrik, makanan dan bahan api ketika ‘hukuman kolektif’ serangan udara dilakukan ke atas wilayah konflik yang dikepung sejak 2007 itu. 

Setakat ini, seramai 8,306 warga Palestin terbunuh, termasuk kanak-kanak dan wanita, dengan 21,048 cedera akibat serangan rejim zionis di Gaza. — The Merdeka Times

Sumber : Telegram Rasmi Gerakan Hamas, Instagram paspusat

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author