Connect with us

Terkini

Hamas diam-diam bina hubungan dengan negara ‘kuasa dunia’

Peperangan atau operasi dilaksanakan Hamas kali ini menyaksikan kumpulan itu mendapat sokongan global power atau kuasa dunia yang hubungannya dibina secara senyap, kata bekas pegawai kanan di Markas Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Jeneral (B) Mohd Anas Hasan.

Hidayah Sani

Published

on

Hamas diam-diam bina hubungan dengan negara 'kuasa dunia'-
Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Peperangan atau operasi dilaksanakan Hamas kali ini menyaksikan kumpulan itu mendapat sokongan global power atau kuasa dunia yang hubungannya dibina secara senyap, kata bekas pegawai kanan di Markas Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Jeneral (B) Mohd Anas Hasan.
  • “Mereka (Hamas) kali ini telah mendapat dukungan daripada regional power yang lain dan ini juga mungkin tak kelihatan dalam peperangan yang sebelum ini. 
  • “Jadi dari sudut itulah yang dilihat Hamas dengan senyap-senyap, sebenarnya ada banyak networking dengan global power lain sehingga bila berlaku (Taufan Al-Aqsa), dia tidak dicondemn seluruh dunia tetapi dah ada global power memberikan respon dukungan secara political statement lah. 
  • “Tetapi dengan keadaan yang akan berlaku selepas ini, kita masih bertanda-tanya apakah mereka akan menghantar trup-trup sebagaimana Israel dapat jaminan dan juga sokongan Amerika dan sekutunya. Ini mungkin satu perkara yang masih lagi dalam development lah,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini pada Isnin.

KUALA LUMPUR — Peperangan atau operasi dilaksanakan Hamas kali ini menyaksikan kumpulan itu mendapat sokongan global power atau kuasa dunia yang hubungannya dibina secara senyap, kata bekas pegawai kanan di Markas Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Jeneral (B) Mohd Anas Hasan.

Mohd Anas berkata itu antara perkara baharu dilakukan Hamas dan ia tidak dapat dilihat pada siri peperangan sebelum ini.

“Mereka (Hamas) kali ini telah mendapat dukungan daripada regional power yang lain dan ini juga mungkin tak kelihatan dalam peperangan yang sebelum ini. 

“Jadi dari sudut itulah yang dilihat Hamas dengan diam-diam, sebenarnya ada banyak networking dengan global power lain sehingga bila berlaku (Taufan Al-Aqsa), dia tidak dicondemn seluruh dunia tetapi dah ada global power memberikan respon dukungan secara political statement lah. 

“Tetapi dengan keadaan yang akan berlaku selepas ini, kita masih bertanda-tanya apakah mereka akan menghantar trup-trup sebagaimana Israel dapat jaminan dan juga sokongan Amerika dan sekutunya. Ini mungkin satu perkara yang masih lagi dalam development lah,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini pada Isnin.

Mohd Anas berkata di peringkat global Korea Utara, Iran dan Russia berpihak kepada apa dilakukan Hamas kerana berpandangan masyarakat Palestin berhak untuk wujud di bumi ini dan keinginan Israel untuk menghapuskan mereka dari peta dunia adalah satu perkara tidak wajar.

Ini susulan terdapat laporan dibaca oleh beliau mendakwa roket canggih dilancarkan Hamas sebenarnya mendapat teknologi daripada Korea Utara di mana perkara itu di luar jangkaan Israel.

“Itu sebab dari sudut itu kita kata apa yang dibuat oleh Hamas kali ini sebenarnya mungkin sebenarnya berlatar belakangkan kepada geopolitik yang berbeza dari terdahulu, kita tahu kan macam mana dalam keadaan sekarang, sebenarnya Amerika dia punya pengaruh ini dah mula dicabar, dulu kita tahu ada perang dingin antara Blok Timur dan Blok Barat.

“Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah dah ada pencabar kepada Amerika ini bahkan NATO sendiri pun sebenarnya ada masalah dengan Amerika,” katanya.

Pada 7 Oktober lalu, kumpulan pembebasan Palestin iaitu Hamas melancarkan operasi Taufan Al-Aqsa serangan mengejut ke atas Israel sebagai reaksi balas pencerobohan berterusan rejim zionis ke atas Masjid Al-Aqsa dan tindakan keganasan peneroka haram ke atas warga Palestin di Tebing Barat.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 1,400 tentera rejim zionis dan penduduk Israel maut dalam serangan Hamas, manakala sekurang-kurangnya 3,000 rakyat Palestin terbunuh selepas Israel melakukan pengeboman udara ke atas Gaza sejak tarikh sama.

Gaza kini di ambang krisis kemanusiaan terburuk selepas rejim zionis melakukan sekatan total dengan menyekat bekalan air, elektrik, makanan dan bahan api ketika ‘hukuman kolektif’ serangan udara dilakukan ke atas wilayah konflik dikepung sejak 2007 itu.

Mengulas berkenaan situasi terkini, Mohd Anas berkata walaupun statistik menunjukkan imbangan kekuatan tidak setara, namun pejuang Hamas bersiap sedia untuk menghadapi peperangan dalam bandar hingga ke titisan darah terakhir.

Beliau berkata Hamas juga lebih tahu selok-belok di kawasannya berbanding pihak lawan, menjadikannya satu kelebihan buat pihak mereka.

“Kita tahu moral tentera-tentera zionis ini sangat rendah, mereka berperang untuk hidup tetapi tentera-tentera Briged Al-Qassam dan Hamas berperang untuk syahid fisabilillah.

“Bahkan bukan tentera-tentera Hamas saja orang-orang awam sendiri yang kata ‘kami lebih rela tinggal tak keluar daripada tempat tinggal kami biar kami sama-sama syahid mempertahankan maruah, kehormatan dan juga harta benda dan wilayah kaum Muslimin yang nak dirampas diambil oleh zionis-zionis yahudi’,” katanya

Mohd Anas turut mengingatkan peranan ulama Muslim untuk menerangkan kepada penguasa tentang tindakan yang sewajarnya diambil ketika ini, bukan hanya menjadi pemerhati ataupun penghalang terhadap bantuan yang ingin dihantar kepada kaum Islam di Palestin. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

(VIDEO) Israel serang Rafah, Musim haji tahun ini mungkin terjejas – ZRA

Musim haji tahun ini kemungkinan terjejas susulan serangan Israel ke atas Rafah, kata wartawan kanan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA).

Avatar

Published

on

Foto: Wartawan kanan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA).

KUALA LUMPUR – Musim haji tahun ini kemungkinan terjejas susulan serangan Israel ke atas Rafah, kata wartawan kanan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA).

Beliau tidak menolak kemungkinan itu sekiranya Majlis Kerjasama Teluk (GCC) mengambil tindakan melancarkan perang atau membantu kumpulan yang mahu masuk ke medan perang sebagai respons kepada serangan Israel.

“Bererti akan ada ketegangan yang lebih besar di Asia Barat. Yang menjadikan ruang udara untuk musim haji tahun ini akan terjejas.

“Sama ada Israel marah dan akan attack (serang) kedudukan Axis of Resistance (kumpulan penentang Iran). Dia (Israel) boleh lancar sahaja peluru yang menjadikan ruang udara sampai ke Arab Saudi jadi cemas kerana Iraq kemudian ada Houthi. Houthi ada di hujung sana. Peluru berpandu kalau ditembak saja kalau nak dipintas atau tak dipintas oleh (Arab) Saudi tetap ruang udara itu boleh ditutup pada musim perang.

“Bererti empat juta jemaah haji, termasuk lebih 30 ribu yang ada di Malaysia ini sekarang berada telur di hujung tanduk. Siapa saja yang mengkaji geopolitik dalam bentuk yang lebih luas kita akan lihat gangguan perang ini akan sampai ke musim haji,” katanya menerusi klip video di TikTok bertajuk ‘Pencetus Ketidakstabilan Ekonomi Dunia’ pada Rabu.

Zainal yang juga pengasas ZRA Strim percaya Israel tidak mahu peperangan selepas musim haji kerana ia akan mengurangkan tekanan kepada umat Islam selain tidak dapat ‘memperdajalkan’ peluang mereka untuk menunaikan ibadah itu.

“Dia (Israel) nak buat sekarang supaya Arab Saudi (dan) negara-negara yang berada di dalam ruang udara musim haji yang mana negara-negara ini tak boleh bertindak kalaulah mereka mahukan ruang udara selamat bagi membolehkan jemaah haji yang mula terbang masuk pada pertengahan Mei ini tak terjejas penerbangan mereka seluruh dunia.

“Israel mahukan perang itu sekarang. Jadi ambil pandangan yang lebih luas, yang lebih menggambarkan kita ini bukan Islam kiasu Melayu yang hanya apabila kena dekat Melayu dan Islam maka kita jaja nama agama bahawa kitalah orang Islam terugi, yang terpaling terancam,” katanya dipercayai merujuk kritikan segelintir pihak mengenai isu rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan ekoran penutupan beberapa syarikat kerana boikot. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending