Connect with us

Antarabangsa

Erdogan batal rancangan lawat Israel, lihat Hamas sebagai ‘pembebas’ tanah air

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan membatalkan rancangan untuk melawat Israel kerana perang tidak berperikemanusiaan terhadap pejuang Hamas di Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Erdogan batal rancangan lawat Israel, lihat Hamas sebagai ‘pembebas’ tanah air
Foto: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
  • Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan membatalkan rancangan untuk melawat Israel kerana perang tidak berperikemanusiaan terhadap pejuang Hamas di Gaza.
  • “Kami mempunyai projek untuk pergi ke Israel, tetapi ia dibatalkan, kami tidak akan pergi,” kata Erdogan kepada penggubal undang-undang parti pemerintah di parlimen, sambil menambah bahawa beliau melihat Hamas sebagai ‘pembebas’ berjuang untuk tanah mereka sendiri.
  • “Sudah tentu, kami mempunyai niat yang baik, tetapi (Netanyahu) mendera mereka. Jika beliau meneruskan niat yang baik, hubungan kami mungkin berbeza, tetapi sekarang, malangnya, ia tidak akan berlaku,” kata Erdogan. 

ISTANBUL: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan membatalkan rancangan untuk melawat Israel kerana perang tidak berperikemanusiaan terhadap pejuang Hamas di Gaza.

“Kami mempunyai projek untuk pergi ke Israel, tetapi ia dibatalkan, kami tidak akan pergi,” kata Erdogan kepada penggubal undang-undang parti pemerintah di parlimen, sambil menambah bahawa beliau melihat Hamas sebagai ‘pembebas’ berjuang untuk tanah mereka sendiri.

Hubungan Ankara dengan Israel dingin berikutan serbuan Israel ke atas kapal Turkiye yang membawa bantuan ke Gaza dan membunuh 10 orang awam pada 2010.

Erdogan bertemu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semasa sidang kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York bulan lalu, menandakan peningkatan dalam hubungan yang bermula dengan keputusan tahun lalu untuk melantik semula duta.

Pemimpin Turkiye itu tidak menyatakan bila beliau berhasrat untuk melawat Israel, di mana Ankara sudah ‘mengintai’ untuk menyertai projek saluran paip gas asli yang dipromosikan oleh Amerika Syarikat.

“Sudah tentu, kami mempunyai niat yang baik, tetapi (Netanyahu) mendera mereka. Jika beliau meneruskan niat yang baik, hubungan kami mungkin berbeza, tetapi sekarang, malangnya, ia tidak akan berlaku,” kata Erdogan.

Perang Gaza yang terbaru dan paling dahsyat berlaku apabila pejuang Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober, membunuh lebih 1,400 orang, kebanyakannya orang awam serta menjadikan 222 sebagai tebusan, menurut pihak berkuasa Israel.

Advertisement

Kementerian kesihatan di Gaza memaklumkan, Israel yang membuat serangan balas itu berkata, 5,791 orang telah terbunuh, sekali lagi kebanyakannya orang awam, ketika Israel telah mengebom wilayah itu.

Erdogan pada hari pertama perang berhati-hati mengeluarkan kenyataan dengan mengutuk semua serangan terhadap orang awam dan menggesa Israel untuk mengawal dalam tindak balasnya.

Namun, beliau menjadi lebih lantang selepas serangan maut ke atas hospital Ahli Arab di Gaza minggu lalu, membawa kepada protes besar dan kemarahan di seluruh dunia Islam.

Selasa lalu, Erdogan menuduh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Amerika Syarikat, Britain dan Perancis mempunyai kerusi tetap yang tunduk kepada ‘rejim Israel’.

Sehari selepas itu, beliau berkata, mereka yang berada di luar wilayah itu harus berhenti mencurahkan bahan api ke dalam api.

“Semua pihak harus melepaskan tangan mereka dari pencetus dan gencatan senjata harus diisytiharkan segera… Rundingan langsung atau tidak langsung harus dimulakan untuk membebaskan tebusan,” katanya.

Advertisement

Erdogan dijangka muncul pada perhimpunan besar-besaran di Istanbul pada hari Sabtu untuk mempertahankan hak Palestin. 

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending