Antarabangsa
Biden tegaskan, Israel perlu ikut peraturan perang
Presiden Joe Biden semalam menegaskan kepada Benjamin Netanyahu supaya mengikut peraturan perang selepas Perdana Menteri Israel itu berikrar untuk memusnahkan Hamas ekoran konflik di Gaza.

- Presiden Joe Biden semalam menegaskan kepada Benjamin Netanyahu supaya mengikut peraturan perang selepas Perdana Menteri Israel itu berikrar untuk memusnahkan Hamas ekoran konflik di Gaza.
- Presiden berusia 80 tahun itu, yang sudah menghantar kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS) ke rantau itu sebagai tanda sokongan kepada Israel, turut memberi amaran kepada Iran supaya ‘berwaspada’ berhubung sokongan kepada Hamas.
- Biden berkata pada perhimpunan pemimpin masyarakat Yahudi AS di Rumah Putih, peperangan yang sudah membunuh 1,200 orang itu adalah ‘hari paling maut sejak Penyembelihan Beramai-ramai Yahudi’.
- “Satu perkara yang saya katakan adalah sangat penting bagi Israel, dengan segala kemarahan dan kekecewaan… yang ada, mereka perlu beroperasi mengikut peraturan perang,” kata Biden.
- Kenyataan itu juga dilihat yang pertama daripada Biden untuk membuat apa-apa jenis seruan bagi mengekang tindak balas Israel terhadap tindakan yang disifatkan ‘kejahatan semata-mata’ oleh Hamas, Sabtu lalu.
WASHINGTON: Presiden Joe Biden semalam menegaskan kepada Benjamin Netanyahu supaya mengikut peraturan perang selepas Perdana Menteri Israel itu berikrar untuk memusnahkan Hamas ekoran konflik di Gaza.
Presiden berusia 80 tahun itu, yang sudah menghantar kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS) ke rantau itu sebagai tanda sokongan kepada Israel, turut memberi amaran kepada Iran supaya ‘berwaspada’ berhubung sokongan kepada Hamas.
Biden berkata pada perhimpunan pemimpin masyarakat Yahudi AS di Rumah Putih, peperangan yang sudah membunuh 1,200 orang itu adalah ‘hari paling maut sejak Penyembelihan Beramai-ramai Yahudi’.
Mengenai tindakan serangan udara Israel yang didakwa Palestin membunuh lebih 1,000 orang, Biden berkata, beliau sudah pun bercakap dengan Netanyahu, kelmarin.
Presiden AS itu berkata, beliau sudah mengenali ‘Bibi’ Netanyahu selama 40 tahun dan mereka mempunyai ‘hubungan yang sangat jujur dan baik’.
“Satu perkara yang saya katakan adalah sangat penting bagi Israel, dengan segala kemarahan dan kekecewaan… yang ada, mereka perlu beroperasi mengikut peraturan perang.
“Dan adanya peraturan perang,” kata Biden.
Kenyataan itu juga dilihat yang pertama daripada Biden untuk membuat apa-apa jenis seruan bagi mengekang tindak balas Israel terhadap tindakan yang disifatkan ‘kejahatan semata-mata’ oleh Hamas, Sabtu lalu.
Netanyahu sebelum ini turut berikrar akan memusnahkan sepenuhnya kumpulan militan itu.
“Setiap ahli Hamas adalah orang mati,” kata pemimpin veteran Israel sayap kanan itu, yang menyamakan kumpulan dengan Daesh.
Dalam amarannya kepada Iran yang didakwa menyokong Hamas dan Hizbullah Lubnan, Biden mengingatkan bahawa Washington sudah memindahkan kapal pengangkut pesawat terbesar di dunia, USS Gerald R. Ford, dan armadanya ke rantau itu.
Setiausaha Negara AS, Antony Blinken turut ke Israel untuk menunjukkan solidariti.
Ketika ini, pegawai AS berkata, mereka belum mempunyai bukti yang menunjukkan Iran terbabit dalam merancang atau menyediakan serangan Hamas.
Sekurang-kurangnya 22 rakyat AS terbunuh dalam serangan Hamas, manakala jumlah warga AS yang tidak diketahui keberadaannya adalah dianggarkan antara 150 orang – termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua – yang dijadikan tebusan.
Ketika ini, konflik itu turut menimbulkan kebimbangan terhadap serangan domestik di AS termasuk kebangkitan semula anti-Semitisme di seluruh negara itu.
Oleh demikian, Biden pada kelmarin menggesa pihak berkuasa AS untuk berjaga-jaga.
“Di bandar-bandar di seluruh AS, jabatan polis sudah meningkatkan keselamatan di sekitar pusat… bagi orang Yahudi,” kata Biden.
Penasihat Keselamatan Negara AS, Jake Sullivan pada kelmarin juga berkata, presiden akan bertemu dengan penasihat keselamatan domestiknya pada minggu ini.
Ogos lalu, seorang penembak AS dijatuhi hukuman mati kerana pembunuhan beramai-ramai terhadap 11 penganut Yahudi di rumah ibadat Tree of Life di Pittsburgh pada 2018 sekali gus menjadikan tragedi itu sebagai serangan anti-Semitik paling maut di negara itu.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas