Connect with us

Antarabangsa

Atlet wanita MMA Amerika Syarikat, Amber Leibrock peluk Islam

Atlet Seni Bela Diri Campuran (MMA) wanita  Amerika Syarikat (AS), Amber Leibrock mendedahkan kepada umum bahawa dirinya telah memeluk agama Islam. 

Wartawan TMT

Published

on

Atlet wanita MMA Amerika Syarikat, Amber Leibrock peluk Islam
Foto: Atlet wanita MMA Amerika Syarikat, Amber Leibrock.
  • Atlet Seni Bela Diri Campuran (MMA) wanita  Amerika Syarikat (AS), Amber Leibrock mendedahkan kepada umum bahawa dirinya telah memeluk agama Islam. 
  • Keputusan beliau bersyahadah pada Julai lalu berlaku apabila salah seorang mentornya yang beragama Islam berkongsi mengenai Islam kepadanya.
  • The Neutral melaporkan atlet berusia 35 tahun itu menyatakan kesyukuran atas ketenangan dirasakan setelah memahami nilai ajaran Islam.

Atlet Seni Bela Diri Campuran (MMA) wanita  Amerika Syarikat (AS), Amber Leibrock mendedahkan kepada umum bahawa dirinya telah memeluk agama Islam. 

Keputusan beliau bersyahadah pada Julai lalu berlaku apabila salah seorang mentornya yang beragama Islam berkongsi mengenai Islam kepadanya.

The Neutral melaporkan atlet berusia 35 tahun itu menyatakan kesyukuran atas ketenangan dirasakan setelah memahami nilai ajaran Islam.

“Selepas perlawanan (bersama) Larissa beberapa perkara peribadi berlaku, saya terasa dalam kegelapan serta kehilangan, dan saya hanya meminta Tuhan berkali-kali untuk membantuku, penuhi hatiku, puaskan jiwaku,” katanya.

Mujeeb Hameed, mentor dimaksudkan Amber yang juga individu memperkenalkan Islam kepadanya, memberitahu di dalam sebuah video yang dimuat naik di platform Youtube; “Saya lihat ia telah banyak membantunya dalam perlawanannya, iaitu (dengan) sabar, toleransi, menguruskan perasaannya, percaya Tuhan akan membimbingnya, kita cuma cuba bantu dalam perjalanan hidupnya, perlawanannya dan (semestinya) sesuatu yang lebih tinggi dari semua itu”.

Amber menyatakan perjalanan dilaluinya membawa dirinya dekat kepada Allah selain apa yang dialaminya memberi ruang kepada rahmat dalam pelbagai bentuk, situasi dan pengalaman yang tidak dijangkakan. 

Beliau turut menyatakan adanya keakraban dalam kalangan orang-orang yang penting dalam hidupnya serta hubungan yang lebih mendalam dengan dirinya sendiri.

Atlet MMA itu bersaing dalam kelas feather Liga Pejuang Profesional dengan rekod kemenangan yang memberangsangkan.

Sumber: The Neutral, Word Of Prophet

Author

Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending