Connect with us

Antarabangsa

Amerika ‘ceroboh’ hak rakyat Palestin apabila tingkat bantuan ketenteraan buat Israel – HAMAS

Amerika Syarikat akan menghantar beberapa kapal tentera dan pesawat ke Israel sebagai tanda sokongan susulan serangan mengejut oleh pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu.

Wartawan TMT

Published

on

Amerika ‘ceroboh’ hak rakyat Palestin apabila tingkat bantuan ketenteraan buat Israel - HAMAS
Foto: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin (kiri) & HAMAS (kanan).
  • Menurut Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin, bantuan keselamatan kepada Israel berlepas semalam dan Washington akan menambah jet pejuang ke rantau itu juga.
  • Pengumuman AS bahawa ia akan menyediakan kapal pengangkut pesawat untuk menyokong pendudukan [Israel] adalah penyertaan sebenar dalam pencerobohan terhadap rakyat kita,” – HAMAS

Amerika Syarikat akan menghantar beberapa kapal tentera dan pesawat ke Israel sebagai tanda sokongan susulan serangan mengejut oleh pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu.

Menurut Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin, bantuan keselamatan kepada Israel berlepas semalam dan Washington akan menambah jet pejuang ke rantau itu juga.

Amerika turut mengarahkan pemindahan pesawat pengangkut ke Israel, termasuk pengangkut Ford dan kapal yang menyokongnya.

“Saya telah mengarahkan pergerakan USS Gerald R Ford Carrier Strike Group ke Mediterranean Timur,” kata Austin dalam satu kenyataan.

Semalam Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden memberitahu Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bahawa bantuan tambahan untuk tentera Israel sedang dalam perjalanan.

Hamas menyifatkan bantuan Amerika ini sebagai pencerobohan terhadap rakyat Palestin.

“Pengumuman AS bahawa ia akan menyediakan kapal pengangkut pesawat untuk menyokong pendudukan [Israel] adalah penyertaan sebenar dalam pencerobohan terhadap rakyat kita,” kata kumpulan pejuang itu dalam satu kenyataan.

Sumber : AlJazeera

Author

Antarabangsa

Jeti pelabuhan sementara $320 juta tentera AS di Gaza ‘pecah’ dibadai ombak kuat

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.
  • Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.
  • Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.

Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Pada ketika ia digunakan, ia dilaporkan menerima kira-kira 1,000 tan metrik makanan. 

Pentagon berkata akan menggantikan jeti itu tetapi tidak menjelaskan bilakah ia akan berlaku. 

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyifatkan pembinaan pelabuhan sementara tentera AS itu merupakan langkah penyelesaian rumit di saat terdapat solusi yang lebih mudah iaitu penghantaran bantuan menerusi laluan darat. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending