Connect with us

Terkini

Akur arahan dilarang beri kuliah, Ustaz Kazim berhenti mengajar di Pulau Pinang

Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias mengesahkan beliau telah menerima arahan tidak dibenarkan lagi memberi kuliah di Pulau Pinang selepas 33 tahun berceramah di negeri itu selama ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Akur arahan dilarang beri kuliah, Ustaz Kazim berhenti mengajar di Pulau Pinang
Foto: Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias.
  • Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias mengesahkan beliau terima arahan tidak dibenarkan lagi beri kuliah di Pulau Pinang selepas 33 tahun berceramah di negeri itu selama ini.
  • Ucapan beliau itu dipercayai dirakam jemaah di Masjid Al-Ittifaq Sungai Nibong Kecil di negeri itu malam tadi (Sabtu) menerusi video berdurasi 3.08 saat dan turut tular di media sosial sejak semalam.
  • “Kuliah ditangguhkan sebab saya tidak dibenarkan menyampai kuliah, jadi saya ambil keputusan bagi tidak lagi mengajar di Pulau Pinang bermula hari ini (Sabtu).
  • “Jadi, semua program bermula malam ini sehingga bila-bila, saya tidak lagi terima sebarang jemputan di Pulau Pinang kerana mematuhi arahan ini,” katanya menerusi video berkenaan kelmarin.

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias mengesahkan beliau telah menerima arahan tidak dibenarkan lagi memberi kuliah di Pulau Pinang selepas 33 tahun berceramah di negeri itu selama ini.

Ucapan beliau itu dipercayai dirakam jemaah di Masjid Al-Ittifaq Sungai Nibong Kecil di negeri itu malam tadi (Sabtu) menerusi video berdurasi 3.08 saat dan turut tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi video berkenaan, Mohd Kazim berkata, sebagai rakyat Malaysia yang patuh kepada arahan, beliau menerima keputusan berkenaan.

“Kuliah ditangguhkan sebab saya tidak dibenarkan menyampai kuliah, jadi saya ambil keputusan bagi tidak lagi mengajar di Pulau Pinang bermula hari ini (Sabtu).

“Ini adalah pertemuan terakhir dengan tuan-tuan jadi saya datang ke sini bukan untuk beri kuliah tetapi nak sampaikan ucapan terima kasih kepada pihak masjid kerana sudi menjemput saya menyampaikan kuliah.

“Begitu juga kepada semua (pengurusan) masjid dan surau yang jemput saya selama 33 tahun menyampaikan ceramah di Pulau Pinang sehinggalah pada bulan empat (April) lalu.

“Jadi, semua program bermula malam ini sehingga bila-bila, saya tidak lagi terima sebarang jemputan di Pulau Pinang kerana mematuhi arahan ini,” katanya menerusi video berkenaan kelmarin.

Mohd Kazim turut mengucapkan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan Pejabat Mufti Pulau Pinang atas kerjasama sebelum ini.

“Insya-Allah, mungkin kita dapat ikuti kuliah lagi dalam platform yang lain,” katanya lagi.

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *