Connect with us

Antarabangsa

Aktivis bantah kumpulan ratu pondan berpakaian biarawati Katolik

Sekumpulan aktivis bertindak membantah tindakan sekumpulan ratu pondan yang berpakaian biarawati Katolik di sebuah gereja mesra LGBTQ di Dallas, minggu lalu.

Wartawan TMT

Published

on

tukar gambar
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekumpulan aktivis bertindak membantah tindakan sekumpulan ratu pondan yang berpakaian biarawati Katolik di sebuah gereja mesra LGBTQ di Dallas, minggu lalu.
  • Cathedral of Hope merupakan penganjur upacara “Drag Sunday” itu yang bertujuan “memberkati” kumpulan Sisters of Perpetual Indulgence (SPI).
  • Sekitar 40 penunjuk perasaan berkumpul di Cathedral of Hope pada pagi Ahad itu bagi menyuarakan bantahan terhadap upacara memberkati SPI.
  • Acara itu diteruskan meskipun kumpulan SPI itu dilabel sebagai ‘kumpulan pembenci anti-Katolik’ oleh sesetengah pihak seperti yang dilaporkan The Dallas Express.

Sekumpulan aktivis bertindak membantah tindakan sekumpulan ratu pondan yang berpakaian biarawati Katolik di sebuah gereja mesra LGBTQ di Dallas, minggu lalu.

Cathedral of Hope merupakan penganjur upacara “Drag Sunday” itu yang bertujuan “memberkati” kumpulan Sisters of Perpetual Indulgence (SPI).

Sekitar 40 penunjuk perasaan berkumpul di Cathedral of Hope pada pagi Ahad itu bagi menyuarakan bantahan terhadap upacara memberkati SPI.

Acara itu diteruskan meskipun kumpulan SPI itu dilabel sebagai ‘kumpulan pembenci anti-Katolik’ oleh sesetengah pihak seperti yang dilaporkan The Dallas Express.

Acara di gereja mesra LGBTQ terbesar di dunia itu bermula pada 10 pagi dan diadakan sempena SB 12, sebuah undang-undang baharu negeri itu yang menetapkan larangan “tarian berbentuk seksual” dipertunjukkan di depan kanak-kanak bawah umur.

Undang-undang itu dijadualkan berkuat kuasa pada 1 September lalu, tetapi dicabar American Civil Liberties Union (ACLU) dan disekat buat sementara waktu oleh hakim persekutuan.

Walaupun SPI menegaskan mereka bukan anti-Katolik, penceramah Katolik, Trent Horn berkata mereka; “Mengejek sesuatu yang dianggap suci kepada lebih satu bilion individu dengan menggambarkan biarawati kartun mereka dan penganjuran acara seperti pertandingan ‘Hunky Jesus’,” dalam kenyataan sebelum ini kepada The Dallas Express.

Pada Ahad Easter tahun ini, kumpulan itu menganjurkan “Peraduan Hunky Jesus,” di mana penghibur berpakaian seperti Jesus melakukan tarian seksual provokatif di hadapan salib.

Sumber: The Dallas Express

Author

Antarabangsa

Tentera Mesir dan Israel bertempur di sempadan Rafah

Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.
  • Berita yang belum disahkan memberitahu sekurang-kurangnya tujuh orang Israel cedera, dan seorang askar Mesir terbunuh, di tengah-tengah ketegangan meningkat di antara Mesir dan Israel.
  • Sumber keselamatan memberitahu The New Arab bahawa tentera Mesir, susulan insiden itu meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan sekitar lintasan sempadan di wilayah Sinai Utara Mesir, yang dirampas Israel awal bulan ini.

Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.

Berita belum disahkan memberitahu sekurang-kurangnya tujuh tentera Israel cedera dan seorang askar Mesir terbunuh di tengah-tengah ketegangan meningkat di antara Mesir dan Israel.

Sumber keselamatan memberitahu The New Arab bahawa tentera Mesir, susulan insiden itu meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan sekitar lintasan sempadan di wilayah Sinai Utara Mesir, yang dirampas Israel awal bulan ini. 

Sumber peringkat tinggi itu, yang bercakap dengan TNA dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana tidak diberi kuasa memberi taklimat kepada media, tidak menjelaskan lebih lanjut tetapi berkata “askar Israel membalas tembakan dan kemudian melepaskan tembakan amaran sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.”

Tiada butiran lanjut tersedia serta-merta pada masa penerbitan, tetapi laporan yang tidak disahkan mengatakan tentera Israel dilaporkan berundur dari sempadan Palestin di sempadan Rafah.

Sementara itu, tentera Mesir tidak mengesahkan atau menafikan kejadian itu secara rasmi.

Walaupun secara teknikalnya keamanan dengan Israel wujud sejak 1970-an, warga Mesir bertelagah dengan rejim zionis secara berturut-turut mengenai normalisasi.

Secara diplomatik dan komersial, Kaherah menganggap Israel sebagai sebuah negara mempunyai hubungan kukuh di beberapa kawasan tetapi ketegangan semakin memuncak selepas Israel melancarkan perangnya ke atas Gaza Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending