Connect with us

Antarabangsa

31 masjid dihancurkan rejim Zionis

Rejim Zionis memusnahkan lima lagi masjid di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan masjid yang musnah sejak pertempuran pada 7 Oktober lalu meningkat kepada 31, lapor laman berita Middle East Monitor semalam.

Wartawan TMT

Published

on

31 masjid dihancurkan rejim Zionis
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Rejim Zionis memusnahkan lima lagi masjid di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan masjid yang musnah sejak pertempuran pada 7 Oktober lalu meningkat kepada 31, lapor laman berita Middle East Monitor semalam.
  • “Bilangan masjid yang musnah sepenuhnya sejak permulaan serangan Israel ke atas Gaza meningkat kepada 31,” kata Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama yang berpangkalan di Gaza dalam satu kenyataan semalam.
  • Kementerian berkenaan kelmarin turut memaklumkan mengenai pengeboman askar Israel ke atas beberapa lokasi awam seperti ibu pejabat kementeriannya, stesen radio al-Quran dan sebuah gereja.
  • Menurutnya, 10 kakitangan Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama turut terkorban dalam serangan tersebut, manakala beberapa yang lain cedera.

BANDAR GAZA – Rejim Zionis memusnahkan lima lagi masjid di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan masjid yang musnah sejak pertempuran pada 7 Oktober lalu meningkat kepada 31, lapor laman berita Middle East Monitor semalam.

“Bilangan masjid yang musnah sepenuhnya sejak permulaan serangan Israel ke atas Gaza meningkat kepada 31,” kata Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama yang berpangkalan di Gaza dalam satu kenyataan semalam.

Kementerian berkenaan kelmarin turut memaklumkan mengenai pengeboman askar Israel ke atas beberapa lokasi awam seperti ibu pejabat kementeriannya, stesen radio al-Quran dan sebuah gereja.

Menurutnya, 10 kakitangan Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama turut terkorban dalam serangan tersebut, manakala beberapa yang lain cedera.

Pejuang Hamas melancarkan serangan mengejut ke atas Israel 7 Oktober lalu dalam misi dinamakan Operasi Taufan Al-Aqsa.

Menurut kumpulan tersebut,  serangan dilakukan sebagai tindak balas terhadap serbuan Masjid Al-Aqsa dan keganasan yang semakin meningkat oleh peneroka haram Israel ke atas penduduk Palestin.

Sekurang-kurangnya 4,385 rakyat Palestin termasuk 1,756 kanak-kanak dan 1,000 wanita terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza, manakala angka itu mencatatkan lebih 1,400 orang di Israel. – AGENSI 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending