Connect with us

Antarabangsa

29 petugas PBB maut sejak perang meletus

Semenjak tercetus perang di antara Palestin dan Israel bemula 7 Oktober lalu, seramai 29 kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) dilaporkan telah terbunuh.

Wartawan TMT

Published

on

29 petugas PBB maut sejak perang meletus
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Semenjak tercetus perang di antara Palestin dan Israel bemula 7 Oktober lalu, seramai 29 kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) dilaporkan telah terbunuh.
  • Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Bantuan dan Pekerjaan Palestin di Timur Tengah (UNRWA) menggambarkan, kematian yang berlaku itu sangat ‘mengejutkan dan sungguh mendukacitakan.’
  • “Sebahagian daripada yang terkorban merupakan guru,” kata agensi berkenaan seperti dilaporkan media antarabangsa.

GAZA: Semenjak tercetus perang di antara Palestin dan Israel bemula 7 Oktober lalu, seramai 29 kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) dilaporkan telah terbunuh.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Bantuan dan Pekerjaan Palestin di Timur Tengah (UNRWA) menggambarkan, kematian yang berlaku itu sangat ‘mengejutkan dan sungguh mendukacitakan.’

“Sebahagian daripada yang terkorban merupakan guru,” kata agensi berkenaan seperti dilaporkan media antarabangsa.

Ribuan penduduk Gaza telah menjadi mangsa korban sejak Israel melancarkan serangan udara susulan tindakan Hamas menyerang rejim Zionis itu pada 7 Oktober lalu – menyebabkan lebih 1,400 orang maut dan menawan 200 tebusan.

Sementara Kementerian Kesihatan pula memaklumkan, sehingga kini Israel telah membunuh lebih 4,600 rakyat Palestin.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Kudis merebak dalam kalangan tahanan Palestin

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.
  • Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.
  • Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.
  • Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.

Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.

Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Terdahulu, CNN mendedahkan seksaan ngeri Israel dengan informasi penyaksian penderaan sistemik dilakukan rejim zionis terhadap tahanan warga Palestin di fasiliti tahanan mereka. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending