Connect with us

Terkini

(VIDEO) Dakwaan lima hadis dikeluarkan dari Hadis 40 Imam Nawawi tidak benar – Fadhlina

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini menafikan dakwaan kononnya lima hadis dikeluarkan dari modul asal Hadis 40 Imam Nawawi yang akan digunakan bagi pelajar Islam di sekolah seluruh negara.

A.R. Khan

Published

on

View this post on Instagram
Foto: Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy (kiri), & Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (kanan).
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini menafikan dakwaan kononnya lima hadis dikeluarkan dari modul asal Hadis 40 Imam Nawawi yang akan digunakan bagi pelajar Islam di sekolah seluruh negara.
  • Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata dakwaan dibuat Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy bahawa KPM mengeluarkan lima hadis itu, sehingga menimbulkan polemik, adalah tidak benar sama sekali.
  • “Tidak betul. Sebab kita masih dalam proses memuktamadkan. Nama pun modul penghayatan hadis, maka perlu beri ruang dengan kerjasama JAKIM untuk perhalusi isu ini bagi pastikan ia berjaya, khususnya untuk anak Muslim kita dan juga di sekolah agama.  
  • “Kita sedang memuktamadkan perkara tersebut dan akan memaklumkan nanti,” katanya menjawab soalan wartawan The Merdeka Times selepas program Town Hall Rakyat Bersama Fadhlina Sidek di Kumpulan Karangkraf di sini hari ini.
  • The Merdeka Times pada 4 September lalu melaporkan kenyataan Arun Dorasamy yang mendakwa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan lima hadis, termasuk hadis kelapan, daripada modul asal Hadis 40 Imam Nawawi dan perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Persatuan Hindu Sangam Malaysia (MHS).
  • KPM pada 25 Ogos lalu menegaskan modul pengajaran hadis 40 itu khusus untuk pelajar Islam, namun tetap ditentang kumpulan tertentu yang disifatkan sesetengah pihak sebagai ‘ekstremis anti-Islam’.

KUALA LUMPUR –  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini menafikan dakwaan kononnya lima hadis dikeluarkan dari modul asal Hadis 40 Imam Nawawi yang akan digunakan bagi pelajar Islam di sekolah seluruh negara.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata dakwaan dibuat Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy bahawa KPM mengeluarkan lima hadis itu, sehingga menimbulkan polemik, adalah tidak benar sama sekali.

Beliau menjelaskan KPM masih dalam proses memuktamadkan modul penghayatan hadis 40 itu dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi penelitian modul itu. 

Katanya, sebarang perkembangan berhubung modul penghayatan hadis itu akan dimaklumkan kelak.

“Tidak betul. Sebab kita masih dalam proses memuktamadkan. Nama pun modul penghayatan hadis, maka perlu beri ruang dengan kerjasama JAKIM untuk perhalusi isu ini bagi pastikan ia berjaya, khususnya untuk anak Muslim kita dan juga di sekolah agama.  

“Kita sedang memuktamadkan perkara tersebut dan akan memaklumkan nanti,” katanya menjawab soalan wartawan The Merdeka Times selepas program Town Hall Rakyat Bersama Fadhlina Sidek di Kumpulan Karangkraf di sini hari ini.

Program Town Hall bersama Fadlina itu juga turut disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian. 

Advertisement

The Merdeka Times pada 4 September lalu melaporkan kenyataan Arun Dorasamy yang mendakwa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan lima hadis, termasuk hadis kelapan, daripada modul asal Hadis 40 Imam Nawawi dan perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Persatuan Hindu Sangam Malaysia (MHS). 

Hadis kelapan dimaksudkan itu adalah hadis perintah Allah SWT kepada Rasulullah SAW untuk memerangi manusia yang belum bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad utusan Allah hinggalah mereka menerima Islam, mendirikan solat dan membayar zakat. 

KPM pada 25 Ogos lalu bagaimanapun menegaskan modul pengajaran hadis 40 itu khusus untuk pelajar Islam, namun tetap ditentang kumpulan tertentu yang disifatkan sesetengah pihak sebagai ‘ekstremis anti-Islam’. – the Merdeka Times

Authors

Terkini

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Hidayah Sani

Published

on

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 
  • Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
  • Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India. 

KUALA LUMPUR — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.

Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.

Sesungguhnya, jawapan tersebut amatlah bersifat lebih untuk meraih populariti dan terlalu berpolitik. Apakah wajar bagi seseorang individu mempunyai dua kerakyatan? Di manakah kecenderungan bagi individu terbabit untuk menumpahkan kesetiaanya? 

“Sepatutnya jawapan isu sensitif seumpama ini tidak perlu dilayan dengan jawapan tegas iaitu mana mungkin dan mustahil seseorang boleh memiliki dua kerakyatan malah untuk memohon menjadi rakyat Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat mengikut undang-undang yang sedia ada selama ini. 

“Malah ada gesaan disyaratkan dengan lebih tegas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zarina menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan itu serta berpendirian sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali kerana ia keputusan muktamad.

Advertisement

Pada masa sama, beliau mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India kerana perkara itu lebih mengundang mudarat daripada keuntungan.

Katanya, perkara perlu diberikan keutamaan bukanlah terkait kerakyatan sebaliknya isu 1.2 juta warga negara China yang direkodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), masuk ke Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 namun masih tiada rekod keluar dari negara ini. 

Ia merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu diambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelanggaran undang-undang dan soal keselamatan negara. 

“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman Menteri Pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa kepada pelancong terutama dari Cina dan mungkin dari India atas nama kepentingan merancakkan ekonomi tetapi boleh membawa padah kepada keselamatan negara dan masalah sosial yang kini pun sudah parah dan tidak terkawal. 

“Cuba bayangkan jika pelancong Cina masuk tanpa tapisan melalui Visa dengan bebas. Pasti ramai akan hilang dan menetap di Malaysia. 

“Isu rasuah yang menjadi barah akan menjadi lebih buruk di kalangan penguatkuasa. Perkara ini amat mengerikan kepada masa depan negara Malaysia,” kata Zarina. 

Advertisement

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.

King Sing berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Parti Bumiputera Perkasa Malaysia – PUTRA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending