Connect with us

Terkini

Tujuh dasar RUU Pendanaan Politik dipertimbangkan di Dewan Rakyat

Kabinet bersetuju supaya skop dasar Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pendanaan politik dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi di Dewan Rakyat pada 8 September lalu. 

Wartawan TMT

Published

on

Tujuh dasar RUU Pendanaan Politik dipertimbangkan di Dewan Rakyat
Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Dr. Azalina Othman Said.
  • Kabinet bersetuju supaya skop dasar Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pendanaan politik dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi di Dewan Rakyat pada 8 September lalu. 
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Dr. Azalina Othman Said berkata, perkara itu diangkat untuk pertimbangan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada 13 September lalu. 
  • Katanya, terdapat tujuh pertimbangan ketetapan dasar berkaitan RUU pendanaan politik antaranya bagi mewujudkan undang-undang baharu bagi mengawal selia sumbangan politik. 
  • “Antaranya pertimbangan tersebut ialah peranan pengawalseliaan dilaksana oleh sebuah badan berkanun Persekutuan sebagai entiti bebas dan berkecuali. 
  • “Pertimbangan seterusnya bagi membolehkan pengawalan sumbangan politik dibuat sepanjang masa dan bukan terhadap ketika pilihan raya sahaja. 
  • “Pertimbangan lain juga bagi mengawal selia sumbangan politik yang diterima oleh parti politik, ahli parti politik, calon pilihan raya (termasuk calon bebas) dan ejen pilihan raya,” katanya semasa sesi jawapan menteri di Dewan Rakyat hari ini. 

KUALA LUMPUR: Kabinet bersetuju supaya skop dasar Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pendanaan politik dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi di Dewan Rakyat pada 8 September lalu. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Dr. Azalina Othman Said berkata, perkara itu diangkat untuk pertimbangan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada 13 September lalu. 

Katanya, terdapat tujuh pertimbangan ketetapan dasar berkaitan RUU pendanaan politik antaranya bagi mewujudkan undang-undang baharu bagi mengawal selia sumbangan politik. 

“Antaranya pertimbangan tersebut ialah peranan pengawalseliaan dilaksana oleh sebuah badan berkanun Persekutuan sebagai entiti bebas dan berkecuali. 

“Pertimbangan seterusnya bagi membolehkan pengawalan sumbangan politik dibuat sepanjang masa dan bukan terhadap ketika pilihan raya sahaja. 

“Pertimbangan lain juga bagi mengawal selia sumbangan politik yang diterima oleh parti politik, ahli parti politik, calon pilihan raya (termasuk calon bebas) dan ejen pilihan raya,” katanya semasa sesi jawapan menteri di Dewan Rakyat hari ini. 

Kata Azalina, pertimbangan itu juga supaya sumbangan politik dalam apa jua bentuk daripada entiti luar negara tidak dibenarkan.

Advertisement

“Selain itu, pertimbangannya supaya terdapat penetapan berhubung jumlah sumbangan yang dibenarkan dan perlu diisytihar oleh parti atau ahli-ahli politik individu.

“Bagi sumbangan politik yang diterima oleh parti politik, ahli politik atau calon bebas pilihan raya sumbangan hendaklah dimasukkan ke dalam suatu akaun khas yang diwujudkan hanya untuk sumbangan politik,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending