Connect with us

Terkini

Tolak lima hadis 40 langkah permulaan tolak Islam sebagai agama Persekutuan 

Pengeluaran lima hadis daripada modul asal Hadis 40 Imam Nawawi adalah langkah permulaan kepada penolakan agama Islam sebagai agama Persekutuan, kata Pengerusi I-Peguam, Mohd Luttfi Abdul Khalid. 

Hanani Zulkifli

Published

on

Tolak lima hadis 40 langkah permulaan tolak Islam sebagai agama Persekutuan 
Foto: Pengerusi I-Peguam, Mohd Luttfi Abdul Khalid. 
  • Pengeluaran lima hadis daripada modul asal Hadis 40 Imam Nawawi adalah langkah permulaan kepada penolakan agama Islam sebagai agama Persekutuan, kata Pengerusi I-Peguam, Mohd Luttfi Abdul Khalid.
  • Mohd Luttfi yang juga pengamal undang-undang berkata demikian ketika mengulas dakwaan kononnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan lima hadis daripada hadis 40 itu kerana dianggap tidak selari dengan aspirasi perpaduan.
  • “Hadith 40 tolak 5 adalah langkah permulaan kepada penolakan menyeluruh Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebooknya semalam. 
  • Beliau berkata penolakan itu berlaku disebabkan sikap golongan bukan Muslim yang berprasangka dan prejudis terhadap agama Islam, malah ia dizahirkan secara bertubi-tubi membuatkan kerajaan dan Kementerian Pendidikan tunduk kepada desakan-desakan itu. 
  • Pada 4 September lalu, The Merdeka Times melaporkan kenyataan Arun Dorasamy yang mendakwa KPM telah mengeluarkan lima hadis daripada modul asal Hadis 40 Imam Nawawi dan perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Persatuan Hindu Sangam Malaysia (MHS). 
  • Setakat ini, usaha The Merdeka Times untuk mendapatkan maklum balas MHS belum membuahkan hasil, malah tiada sebarang kenyataan dikeluarkan KPM berhubung dakwaan itu.

KUALA LUMPUR –  Pengeluaran lima hadis daripada modul asal Hadis 40 Imam Nawawi adalah langkah permulaan kepada penolakan agama Islam sebagai agama Persekutuan, kata Pengerusi I-Peguam, Mohd Luttfi Abdul Khalid. 

Mohd Luttfi yang juga pengamal undang-undang berkata demikian ketika mengulas dakwaan kononnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan lima hadis daripada hadis 40 itu kerana dianggap tidak selari dengan aspirasi perpaduan. 

Dakwaan itu dibuat Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy.

“Hadith 40 tolak 5 adalah langkah permulaan kepada penolakan menyeluruh Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebooknya semalam. 

Pada 4 September lalu, The Merdeka Times melaporkan kenyataan Arun Dorasamy yang mendakwa KPM telah mengeluarkan lima hadis, termasuk hadis kelapan, daripada modul asal Hadis 40 Imam Nawawi dan perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Persatuan Hindu Sangam Malaysia (MHS). 

Setakat ini, usaha The Merdeka Times untuk mendapatkan maklum balas MHS belum membuahkan hasil, malah tiada sebarang kenyataan KPM dikeluarkan berhubung dakwaan itu.

Mengulas lanjut dalam ruangan komen postingnya, Mohd Luttfi berkata penolakan itu berlaku disebabkan sikap golongan bukan Muslim berprasangka dan prejudis terhadap agama Islam.

Advertisement

Beliau mendakwa ia dizahirkan secara bertubi-tubi membuatkan kerajaan dan Kementerian Pendidikan tunduk kepada desakan-desakan itu. 

“Dalam isu hadith 40 tolak 5 ini, isunya lebih besar dan kritikal. Ini kerana topik atau buku tersebut akan diajar hanya kepada pelajar-pelajar Muslim sahaja. Tetapi kerana desakan, bantahan dan penentangan secara bertubi-tubi dan bertali arus khususnya dari parti-parti politik rasis cauvinis, kerajaan dan Kementerian Pendidikan telah tunduk kepada desakan-desakan anti nasional ini. 

“Kenapa mereka dibiarkan menentukan aspek mana dari ajaran agama Islam yang akan dipelajari oleh anak-anak umat Islam di sekolah?” katanya. 

Mohd Luttfi berkata tindakan golongan itu adalah satu tindakan anti-nasional, rasis dan cauvinis yang jelas melanggar isu 3R (agama, bangsa, dan institusi beraja) lalu mempersoalkan mengapa mereka masih tidak diambil sebarang tindakan. 

“Tindakan dan sikap mereka terang-terang melanggar garis merah berkait agama, bangsa Melayu dan insitusi Raja (3R)! 

“Kenapa kerajaan campuran PKR+DAP+UMNO tidak ambil tindakan terhadap mereka semua?,” katanya pengamal undang-undang itu. – The Merdeka Times 

Advertisement

Sumber: Facebook Mohd Luttfi 

Author

Terkini

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

A.R. Khan

Published

on

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Foto: Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo.
  • Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
  • Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
  • Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
  • “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
  • Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.

Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi  Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.

Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.

“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.

Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.

Advertisement

Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.

Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel. 

Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending