Connect with us

Terkini

Tiada kelulusan khas program RTK 2.0 untuk PATI tahun ini

Mana-mana pendatang asing tanpa izin (PATI) bermula 1 Januari tahun ini tidak lagi dibenarkan memohon Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK 2.0).

Wartawan TMT

Published

on

Tiada kelulusan khas program RTK 2.0 untuk PATI tahun ini
Foto: Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.
  • Mana-mana pendatang asing tanpa izin (PATI) bermula 1 Januari tahun ini tidak lagi dibenarkan memohon Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK 2.0).
  • Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya menafikan mengeluarkan kelulusan khas bagi pemohon program berkenaan selepas tarikh 31 Disember 2022 seperti didakwa dalam rakaman suara yang tular melalui aplikasi WhatsApp.
  • Jelasnya, rakaman suara yang tular ini mendakwa terdapat kelulusan khas akan diberikan hanya kepada 5,000 pemohon yang memasuki negara ini pada tahun 2023.
  • “Jabatan ini sekali lagi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini dan memohon supaya orang ramai tidak terpedaya dengan taktik penipuan ejen atau orang tengah seumpama ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

PUTRAJAYA: Mana-mana pendatang asing tanpa izin (PATI) bermula 1 Januari tahun ini tidak lagi dibenarkan memohon Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK 2.0).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya menafikan mengeluarkan kelulusan khas bagi pemohon program berkenaan selepas tarikh 31 Disember 2022 seperti didakwa dalam rakaman suara yang tular melalui aplikasi WhatsApp.

Jelasnya, rakaman suara yang tular ini mendakwa terdapat kelulusan khas akan diberikan hanya kepada 5,000 pemohon yang memasuki negara ini pada tahun 2023.

“Jabatan ini sekali lagi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini dan memohon supaya orang ramai tidak terpedaya dengan taktik penipuan ejen atau orang tengah seumpama ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ruslin menegaskan, pihaknya tidak akan melaksanakan kelulusan khas itu kerana ia melanggar dasar yang ditetapkan kerajaan semasa pelancaran program RTK 2.0 pada 27 Januari lalu.

Jelasnya, dasar tersebut adalah jelas bahawa hanya warga asing yang menjadi PATI di negara ini sehingga 31 Disember 2022 sahaja layak dan akan dipertimbangkan kelulusan RTK 2.0.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Sila layari portal rasmi dan akaun media sosial rasmi JIM untuk mendapatkan maklumat tepat serta terkini berkaitan Jabatan ini. – UTUSAN

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending