Terkini
Sudah tiba masa RUU GEG dikuatkuasakan, tiada sebab untuk ditangguh – Pakar Kesihatan Awam
Pakar kesihatan awam berpendapat sudah tiba masanya Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 diluluskan di Parlimen dan dikuatkuasakan.

- Pakar kesihatan awam berpendapat sudah tiba masanya Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 diluluskan di Parlimen dan dikuatkuasakan.
- Menurut Dr Mary Assunta Kolandai, akta tersebut penting sebagai langkah penyelesaian jangka panjang melindungi generasi muda kini dan akan datang.
- “Apabila melibatkan ketagihan, maka tiada lagi soal kebebasan untuk memilih. Sebagai pakar kesihatan awam, saya percaya untuk tidak melakukan kemudaratan dan bukan sekadar mengurangkan kemudaratan.
- “Apabila membabitkan merokok dan menghisap vape kerana ketagihan produk itu, isu hak sebenarnya tidak lagi terpakai. Kerajaan perlu melakukan apa yang perlu dilakukan untuk melindungi rakyat terutamanya kanak-kanak kerana mereka golongan rentan,” katanya.
- Terdahulu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bakal dibentangkan bacaan kali kedua di Dewan Rakyat bulan depan.
PUTRAJAYA: Pakar kesihatan awam berpendapat sudah tiba masanya Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 diluluskan di Parlimen dan dikuatkuasakan.
Menurut Dr Mary Assunta Kolandai, akta tersebut penting sebagai langkah penyelesaian jangka panjang untuk melindungi generasi muda kini dan akan datang.
Beliau yang juga Penasihat Kanan Dasar bagi Perikatan Kawalan Tembakau Asia Tenggara (SEATCA) berkata, tiada sebab RUU tersebut ditangguhkan kerana segala isu yang dibangkitkan telah dibincang bersama pihak berkaitan.
“Apabila melibatkan ketagihan, maka tiada lagi soal kebebasan untuk memilih. Sebagai pakar kesihatan awam, saya percaya untuk tidak melakukan kemudaratan dan bukan sekadar mengurangkan kemudaratan.
“Apabila membabitkan merokok dan menghisap vape kerana ketagihan produk itu, isu hak sebenarnya tidak lagi terpakai. Kerajaan perlu melakukan apa yang perlu dilakukan untuk melindungi rakyat terutamanya kanak-kanak kerana mereka golongan rentan,” katanya.
Beliau ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Persediaan Persidangan Pihak-Pihak (COP) kepada Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO FCTC) dan Mesyuarat Pihak-Pihak kepada Protokol untuk Menghapuskan Perdagangan Haram Produk Tembakau bagi sesi ketiga, di sini hari ini.
Terdahulu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bakal dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat bulan depan.
Pada 12 Jun lalu, RUU terbabit dirujuk sekali lagi kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan Parlimen selepas dibentang untuk bacaan kali pertama.
Ia adalah kali kedua RUU yang turut dikenali sebagai RUU Generasi Penamat (GEG) itu dirujuk kepada JKPK berkenaan selepas pertama kali dibentangkan Menteri Kesihatan ketika itu, Khairy Jamaluddin, pada tahun lalu.
RUU tersebut bakal melarang penjualan dan penggunaan sebarang bentuk bahan merokok termasuk rokok elektronik atau vape kepada individu yang dilahirkan selepas 1 Januari 2007.
Mengulas lanjut, Dr Mary Assunta berkata, ‘epidemik tembakau’ yang telah ‘meresap’ berpuluh dekad bukan sahaja di Malaysia namun di seluruh dunia, perlu dihentikan.
Bagaimanapun, beliau melahirkan kegusaran berhubung trend penggunaan rokok elektronik dalam kalangan remaja di negara ini.
Berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022, kira-kira 14.9 peratus remaja menghisap vape, manakala 6.2 peratus merokok rokok konvensional.
“Kalau diamati di rantau ini, beberapa negara sudah mengharamkan rokok elektrik seperti Singapura, Brunei, Thailand, Hong Kong dan Laos, iaitu negara yang berdekatan dengan Malaysia.
“Sering diperkatakan bahawa vape sebagai alternatif berhenti merokok, namun realitinya beribu perisa cecair dan reka bentuk vape di pasaran yang menarik perhatian kanak-kanak. Saya rasa di situ punca masalah dan perlu dicari jalan penyelesaian untuk menoktahkan masalah ini,” katanya.
Sumber: Buletin Tv3
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini23 hours ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak