Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Sejuta dijangka berhimpun protes ideologi jantina, LGBTQ di sekolah

Sejuta individu dijangka berkumpul dalam perhimpunan The 1 Million March 4 Children (T1MM4C) hari ini bagi membantah ideologi jantina dan LGBTQ yang dipaksakan ke atas kanak-kanak di Kanada, termasuk di sekolah.

A.R. Khan

Published

on

(VIDEO) Sejuta dijangka berhimpun protes ideologi jantina, LGBTQ di sekolah
Foto: Gambar sekadar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sejuta individu dijangka berkumpul dalam perhimpunan The 1 Million March 4 Children (T1MM4C) hari ini bagi membantah ideologi jantina dan LGBTQ yang dipaksakan ke atas kanak-kanak di Kanada, termasuk di sekolah.

Foto: Poster perhimpunan The 1 Million March 4 Children (T1MM4C).

Perhimpunan memprotes ideologi songsang dipromosikan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Justin Trudeau itu akan diadakan di bandar-bandar utama di seluruh Kanada.

Ia menzahirkan penolakan terhadap penggunaan kata nama, ideologi jantina, percampuran tandas lelaki dan wanita, orientasi seksual serta pemaksaan kurikulum ideologi jantina di sekolah yang semakin berleluasa di Kanada.

Wartawan dan aktivis, David Krayden menegaskan acara itu bukan acara partisan dan bukan dianjurkan untuk menyatakan sokongan kepada mana-mana personaliti atau parti politik.

“Acara ini untuk pelbagai latar belakang agama, bukan (juga) untuk mempromosikan mana-mana agama.

“Meskipun begitu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada komuniti Muslim di Kanada atas usaha keras dan pelopor idea ini sehingga kemudiannya disertai ramai dari pelbagai gerakan latar belakang agama,” kata Krayden.

Perkara itu dimaklumkan Krayden kepada Kamel El Cheikh, selaku penganjur himpunan T1MM4C ketika mereka bersiaran langsung di saluran youtube wartawan itu, tiga hari lalu.

Advertisement

Krayden sebelum ini ditemu bual Clayton Morris di saluran Youtube Reducted, membincangkan inisiatif dimulakan Kamel dan memberi komentar berkenaan ideologi jantina yang dipertahankan Trudeau kepada rakyatnya.

Laman web T1MM4C menyatakan “bandar utama di seluruh Kanada, dianggarkan bakal menganjurkan acara perarakan itu”. – The Merdeka Times

Sumber: Yukon News, Youtube Redacted, Hands Off Our Kids, Youtube David Krayden

Author

Antarabangsa

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam

Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
  • Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
  • Pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
  • “Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
  • “Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

GAZA: Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.

Dalam serangan bertali arus yang dilancarkan Israel dilihat cubaan untuk mengusir penduduk dari utara wilayah itu ke selatan.

Sementara itu, Hamas mengecam United Kingdom (UK) kerana merancang untuk melancarkan pengawasan melalui udara ke atas Semenanjung Gaza dengan menggelarkan negara itu sebagai rakan dalam perang Israel.

Memetik laporan media Arab, UK yang menjalankan penerbangan pengawasan ke atas Gaza didakwa mahu membantu mengesan tawanan Israel, kata Hamas menerusi satu kenyataan.

Pada Sabtu lalu, Kementerian Pertahanan UK mengesahkan bahawa tenteranya melakukan penerbangan pengawasan ke atas Gaza.

Dalam pada itu, pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.

Advertisement

“Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.

“Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

Tentera Israel turut mengarahkan rakyat Palestin mengosongkan beberapa kawasan di dalam dan sekitar bandar Khan Younis.

Selain itu, rejim Zionis juga menyiarkan peta yang menunjukkan tempat perlindungan yang perlu dituju oleh rakyat Palestin dari Khan Younis sehingga ke selatan iaitu di Rafah bersempadan dengan Mesir.

Ramai penduduk Gaza mendakwa kawasan yang mereka dipaksa untuk pergi turut diserang. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending