Connect with us

Antarabangsa

Ribuan rakyat Israel teruskan bantahan penstrukturan badan kehakiman

Puluhan ribu rakyat Israel pada Sabtu sekali lagi berdemonstrasi di Tel Aviv dan bandar-bandar lain di seluruh negara menentang dasar kerajaan berhaluan kanan negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Wartawan TMT

Published

on

Ribuan rakyat Israel teruskan bantahan penstrukturan badan kehakiman
Foto: Puluhan ribu rakyat Israel berdemonstrasi di Tel Aviv dan bandar-bandar lain di seluruh negara pada Sabtu lepas.
  • Puluhan ribu rakyat Israel pada Sabtu sekali lagi berdemonstrasi di Tel Aviv dan bandar-bandar lain di seluruh negara menentang dasar kerajaan berhaluan kanan negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
  • Penganjur protes sebelum ini mengumumkan mereka akan berkoordinasi dengan pasukan keselamatan selepas pertempuran hebat antara pendatang Eritrea dan polis beberapa jam sebelum itu.
  • Pada penghujung Julai, sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula badan kehakiman yang sangat kontroversi, gabungan kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu meluluskan undang-undang menyekat keupayaan Mahkamah Agung untuk bertindak.

TEL AVIV: Puluhan ribu rakyat Israel pada Sabtu sekali lagi berdemonstrasi di Tel Aviv dan bandar-bandar lain di seluruh negara menentang dasar kerajaan berhaluan kanan negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Penganjur protes sebelum ini mengumumkan bahawa mereka akan berkoordinasi dengan pasukan keselamatan selepas pertempuran hebat antara pendatang Eritrea dan polis beberapa jam sebelum itu.

Berpuluh-puluh orang cedera dalam rusuhan di selatan Tel Aviv. Bantahan besar-besaran terhadap dasar kerajaan telah menjadi perkara biasa di Israel selama lebih setengah tahun.

Pada penghujung Julai, sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula badan kehakiman yang sangat kontroversi, gabungan kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu meluluskan undang-undang yang menyekat keupayaan Mahkamah Agung untuk bertindak.

Pengkritik melihat tindakan kerajaan itu sebagai ancaman kepada demokrasi Israel. Pada 12 Sept, Mahkamah Agung akan mempertimbangkan petisyen terhadap undang-undang.

Sumber: Buletin TV3

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan
Foto: Produk kurma dari Israel.
  • Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.
  • Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.
  • Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.
  • Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.
  • “Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.

Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.

Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.

“Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

“Sebahagian besar kurma dijual pada bulan Ramadan dan di mana sahaja mereka (masyarakat Islam) boleh membelinya daripada orang lain, mereka akan cuba menghukum kami,” katanya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan kempen pergerakan Boikot, Lupus dan Sekat (BDS) dalam usaha mengenakan tekanan ekonomi ke atas syarikat Israel supaya pendudukan haram ditamatkan.

Kumpulan Kempen Solidariti Palestin mengatakan kebanyakan kurma Medjool Israel ditanam di penempatan haram Tebing Barat yang diduduki peneroka haram Israel. 

Kempen-kempen memerangi pendudukan haram sering memberi peringatan supaya pengguna menyemak tempat asal pengeluaran kurma itu sebelum pembelian dilakukan. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending