Connect with us

Terkini

Rantau Asia Pasifik semakin tegang kerana Peta China 2023

Ketegangan di rantau Asia Pasifik semakin meruncing selepas China mengeluarkan peta rasmi yang mengundang gelombang bantahan oleh negara-negara jirannya, lapor portal berita Daily Express kelmarin.

Wartawan TMT

Published

on

Rantau Asia Pasifik semakin tegang kerana Peta China 2023
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketegangan di rantau Asia Pasifik semakin meruncing selepas China mengeluarkan peta rasmi yang mengundang gelombang bantahan oleh negara-negara jirannya, lapor portal berita Daily Express kelmarin.
  • Peta itu jelas memaparkan Sembilan Garisan Putus yang menjadi asas tuntutan Beijing ke atas hampir keseluruhan Laut China Selatan. Ia menjadi punca ketegangan serantau selepas China membina pulau-pulau buatan manusia di Laut China Selatan bagi mengukuhkan tuntutannya.
  • Penganalisis geopolitik, Kervin AuCoin memberitahu akhbar Daily Express bahawa peta baharu iChina jelas meningkatkan ketegangan serantau dan mencetuskan kebimbangan terutama­nya di Laut China Selatan.
  • “China konsisten bertegas untuk menggunakan kuasa tentera jika Taiwan mengisytiharkan kemerdekaannya sekali gus mencerminkan pendirian tidak berbelah bahagi Beijing ke atas kedaulatan Taiwan,” kata AuCoin.
  • Malaysia juga bertelagah dengan China berhubung beberapa tuntutan di rantau ini khususnya Kepulauan Spratly, manakala negara Brunei yang kaya dengan sumber minyak juga mempunyai tuntutan di Laut China Selatan sehingga merumitkan lagi kea­daan, kata AuCoin.

BEIJING – Ketegangan di rantau Asia Pasifik semakin meruncing selepas China mengeluarkan peta rasmi yang mengundang gelombang bantahan oleh negara-negara jirannya, lapor portal berita Daily Express kelmarin.

Peta itu jelas memaparkan Sembilan Garisan Putus yang menjadi asas tuntutan Beijing ke atas hampir keseluruhan Laut China Selatan. Ia menjadi punca ketegangan serantau selepas China membina pulau-pulau buatan manusia di Laut China Selatan bagi mengukuhkan tuntutannya.

Penganalisis geopolitik, Kervin AuCoin memberitahu akhbar Daily Express bahawa peta baharu iChina jelas meningkatkan ketegangan serantau dan mencetuskan kebimbangan terutama­nya di Laut China Selatan.

Peta Sembilan Garisan Putus itu turut menandakan Taiwan masih menjadi isu utama bagi Beijing di sebalik pulau tersebut mendapat perlindungan Amerika Syarikat.

“China konsisten bertegas untuk menggunakan kuasa tentera jika Taiwan mengisytiharkan kemerdekaannya sekali gus mencerminkan pendirian tidak berbelah bahagi Beijing ke atas kedaulatan Taiwan,” kata AuCoin.

Sembilan Garisan Putus dan tuntutan maritim China di Laut China Selatan telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan negara serantau yang lain.

Beijing berusaha untuk menduduki sejumlah wilayah mari­tim di laut berkenaan. Perkara itu belum pernah berlaku sebelum ini dan bercanggah dengan tuntutan oleh Filipina, Malaysia, Vietnam dan Brunei.

Advertisement

Bulan lalu, Filipina menuduh kapal-kapal Pengawal Pantai China membedil meriam air ke arah sebuah kapal bekalan tenteranya di Laut China Selatan.

Tuntutan China di Laut China Selatan turut mencetuskan ke­tegangan dengan Vietnam.

Baru-baru ini Vietnam mengharamkan filem Barbie kerana memaparkan peta Sembilan Garisan Purus yang merupakan persempadanan China untuk menuntut Laut China Selatan.

Malaysia juga bertelagah dengan China berhubung beberapa tuntutan di rantau ini khususnya Kepulauan Spratly, manakala negara Brunei yang kaya dengan sumber minyak juga mempunyai tuntutan di Laut China Selatan sehingga merumitkan lagi kea­daan, kata AuCoin.

Sumber: Kosmo

Author

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending