Connect with us

Terkini

Rakyat Malaysia sepakat tolak LGBT – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan peruntukan undang-undang dan rakyat di negara ini tidak mengira agama mencapai kesepakatan tidak menerima golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender).

Wartawan TMT

Published

on

Rakyat Malaysia sepakat tolak LGBT – Anwar
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan peruntukan undang-undang dan rakyat di negara ini tidak mengira agama mencapai kesepakatan tidak menerima golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender).
  • Anwar menerusi wawancara dengan Amanpour yang berlangsung di New York disiarkan CNN pada Sabtu, berkata sudah tentu beliau perlu menghormati undang-undang dan konsensus rakyat.
  • Beliau ditanya mengenai tindakan Kementerian Dalam Negeri yang merampas koleksi jam tangan pelangi Swatch bagi meraikan golongan LGBT dalam serbuan pada 13 dan 14 Mei lalu yang mana mereka didapati menjual dan memakainya berdepan hukuman penjara tiga tahun.
  • “Saya tidak akan mempertahankan tindakan itu, ia adalah berlebihan, tetapi undang-undang, (rakyat) beragama Islam dan bukan Islam, Kristian Hindu Buddha mereka menyatakan mereka konsensus, di negara ini mereka tidak menerima (LGBT),” katanya.
  • Disoal lanjut sama ada beliau hendak melihat perubahan (terhadap undang-undang) Anwar berkata, “Sudah tentu, tetapi undang-undang dan konsensus rakyat saya perlu hormati tetapi isu itu tidak boleh dilihat sebagai gangguan (kepada golongan LGBT).”

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan peruntukan undang-undang dan rakyat di negara ini tidak mengira agama mencapai kesepakatan tidak menerima golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender).

Anwar menerusi wawancara dengan Amanpour yang berlangsung di New York disiarkan CNN pada Sabtu, berkata sudah tentu beliau perlu menghormati undang-undang dan konsensus rakyat.

Beliau ditanya mengenai tindakan Kementerian Dalam Negeri yang merampas koleksi jam tangan pelangi Swatch bagi meraikan golongan LGBT dalam serbuan pada 13 dan 14 Mei lalu yang mana mereka didapati menjual dan memakainya berdepan hukuman penjara tiga tahun.

“Saya tidak akan mempertahankan tindakan itu, ia adalah berlebihan, tetapi undang-undang, (rakyat) beragama Islam dan bukan Islam, Kristian Hindu Buddha mereka menyatakan mereka konsensus, di negara ini mereka tidak menerima (LGBT).

“Dalam isu jam tangan Swatch, tiada sebarang pertuduhan yang dikenakan.

“Akhirnya kita harus menghormati sentimen umum rakyat Malaysia,” katanya.

Disoal lanjut sama ada beliau hendak melihat perubahan (terhadap undang-undang) Anwar berkata, “Sudah tentu, tetapi undang-undang dan konsensus rakyat saya perlu hormati tetapi isu itu tidak boleh dilihat sebagai gangguan (kepada golongan LGBT).”

Advertisement

Anwar berkata isu berhubung gangguan terhadap golongan LGBT susulan tindakan itu, adalah perkara berbeza dan menyatakan beliau tidak membenarkan sebarang percubaan untuk mengganggu golongan terbabit.

Ditanya sama ada beliau mesti sensitif terhadap isu itu kerana pernah berdepan pendakwaan liwat terhadapnya, Anwar berkata beliau sudah menyatakan dengan jelas terdapat keperluan menyemak dan melihat kepada undang-undang serta ia tidak sepatutnya disalah guna.

Katanya, ia tidak boleh sesekali digunakan bagi sebarang kes yang bertujuan penganiayaan politik seperti pertuduhan liwat yang pernah dilaluinya sebelum ini. 

Disoal lanjut sama ada dasar ‘jangan tanya, jangan beritahu’ diterima rakyat negara ini, Anwar berkata,” Tidak semestinya, tetapi saya fikir kita harus bertolak ansur di sini, isu terhadap LGBT adalah gangguan, yang saya fikir kita perlu elakkan.”

Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta delegasi Malaysia berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Terkini

DBKL tarik balik larangan jual arak

Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
  • Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
  • Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
  • “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
  • “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
  • Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
  • Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.

KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.

Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.

Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.

“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.

“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.

Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.

Advertisement

Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.

Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya. 

“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.

“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal). 

“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.

Advertisement

Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.

“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.

Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times

Author

Advertisement
Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending