Terkini
(VIDEO) Peruntukan Ahli Parlimen sepatutnya secara automatik, barulah reformasi institusi – Khairy
Peruntukan untuk kawasan mana-mana ahli Parlimen, termasuk blok pembangkang, sepatutnya diberikan secara automatik dengan syarat dan peraturan penyalurannya ditetapkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan ataupun agensi berkenaan, kata bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

- Peruntukan untuk kawasan mana-mana ahli Parlimen, termasuk blok pembangkang, sepatutnya diberikan secara automatik dengan syarat dan peraturan penyalurannya ditetapkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan ataupun agensi berkenaan, kata bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
- Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO berkata, pemberian peruntukan sedemikian barulah boleh disifatkan sebagai reformasi institusi.
- Beliau turut mempersoalkan pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta Ahli Parlimen pembangkang membuat rundingan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, sekiranya mahu peruntukan diberikan kepada mereka.
- “Tak kisahlah dia daripada PAS ke, dia daripada BERSATU ke, dia daripada WARISAN ke daripada KDM parti ke, selagi dia wakil rakyat dia sepatutnya dapat. Barulah reformasi institusi Shahril,” katanya dalam siaran Podcast Keluar Sekejap yang dihoskan bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan pada Selasa.
KUALA LUMPUR — Peruntukan untuk kawasan mana-mana ahli Parlimen, termasuk blok pembangkang, sepatutnya diberikan secara automatik dengan syarat dan peraturan penyalurannya ditetapkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan ataupun agensi berkenaan, kata bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO berkata, pemberian peruntukan sedemikian barulah boleh disifatkan sebagai reformasi institusi.
Beliau turut mempersoalkan pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta Ahli Parlimen pembangkang membuat rundingan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, sekiranya mahu peruntukan diberikan kepada mereka.
“Saya nak tanya kenapa kena bincang? Patut benda ini jadi automatik. Kalau betul-betul nak bawa reformasi institusi, selagi you adalah Ahli Parlimen, selagi orang itu adalah Ahli Parlimen, Ahli Dewan Rakyat yang dipilih, dia dengan automatik akan dapat peruntukan dengan syarat-syarat, peraturan-peraturan yang ditetapkan ICU Unit Penyelarasan Pelaksanaan atau agensi yang berkenaan.
“That should be the case. Kenapa pula nak kena bincang dengan TPM? Apa benda nak bincang. Dia dah menang. Dia wakil rakyat,” katanya dalam siaran Podcast Keluar Sekejap yang dihoskan bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan pada Selasa.
Khairy berkata peruntukan itu sepatutnya diberikan tanpa mengira faktor sama ada wakil rakyat kawasan parlimen itu dari PAS, BERSATU, WARISAN mahupun Parti Demokratik Masyarakat (KDM).
“Tak kisahlah dia daripada PAS ke, dia daripada BERSATU ke, dia daripada WARISAN ke daripada KDM parti ke, selagi dia wakil rakyat dia sepatutnya dapat. Barulah reformasi institusi Shahril,” katanya yang turut dipersetujui sepenuhnya Shahril.
Beliau berkata pemberian peruntukan itu telah banyak kali menjadi topik perbincangan dan dilaksanakan sewaktu pemerintahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, namun ketika itu ia tidak dilakukan sepenuhnya, malah tidak dilaksanakan kerajaan ketika ini.
“Mungkin saya jelaskan dari sudut pandangan saya, apa yang mereka fikirkan apabila group atau kelompok yang tidak mahu bagi peruntukan sama atau saksama dengan semua ni, mereka masih lagi berfungsi dalam dunia.
“Di mana kalau kita bagi kewangan kepada lawan kita, lawan kita boleh menang dan kita tak boleh bagi bantu sebarang sedikitpun kalau boleh kerana kalau kita bagi maka lebih mudah dia mempertahankan kerusi dia, susah untuk calon kita nak menang pada election yang seterusnya.
“Saya tak nak kata benda itu betul atau tidak betul. Mungkin di sesetengah kawasan ada faktor kewangan dan faktor peruntukan yang boleh membantu populariti seseorang wakil rakyat,” kata Shahril.
Beliau menegaskan bagaimanapun peruntukan itu adalah berkaitan soal keadilan dan parti induk kepada kerajaan hari adalah keadilan.
Justeru, katanya, sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan, maka akan berlaku satu lagi kekecewaan dalam agenda reformasi yang dilihat terbantut sejak kebelakangan ini. — The Merdeka Times
Sumber : Youtube Keluar Sekejap
Terkini
DBKL tarik balik larangan jual arak
Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

- Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
- Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
- Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
- “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
- “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
- Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
- Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.
“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.
Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.
Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.
“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal).
“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.
“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.
Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel