Terkini
Perbicaraan rayuan kes sekolah vernakular diawalkan 10 Oktober ini – Peguam
Perbicaraan rayuan kes cabaran keperlembagaan terhadap sekolah vernakular berkaitan penggunaan bahasa pengantar selain dari bahasa kebangsaan akan disambung ke tarikh 10 Oktober depan.

- Perbicaraan rayuan kes cabaran keperlembagaan terhadap sekolah vernakular berkaitan penggunaan bahasa pengantar selain dari bahasa kebangsaan akan disambung ke tarikh 10 Oktober depan.
- Perkara itu dimaklumkan peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla di laman Facebooknya semalam selepas menerima makluman tersebut dari Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan pada minggu lalu.
- “Pada minggu lalu, kesemua Peguamcara yang terlibat telah menerima satu lagi makluman daripada pejabat pendaftaran mahkamah rayuan yang mengesahkan penyusunan semula tarikh sambung bicara rayuan yang diawalkan ke tarikh 10.10.2023 (dan tarikh 8 Nov adalah dilapangkan),” kata Haniff yang mewakili Majlis Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dalam kes cabaran terbabit.
- Terdahulu, media melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 29 Disember 2021, menolak cabaran keperlembagaan yang dibawa beberapa badan bukan kerajaan, berkaitan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC dan SJKT) di seluruh Malaysia yang menggunakan bahasa pengantar selain dari bahasa kebangsaan.
- Pada 29 Mei, tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kota Bharu memutuskan sekolah vernakular adalah sah di sisi Perlembagaan Persekutuan dan menolak saman yang difailkan Ikatan Guru-Guru Muslimin Malaysia (I-GURU) berhubung keabsahan sekolah vernakular dan pihak I-GURU turut memfailkan rayuan ke mahkamah rayuan.
KUALA LUMPUR – Perbicaraan rayuan kes cabaran keperlembagaan terhadap sekolah vernakular berkaitan penggunaan bahasa pengantar selain dari bahasa kebangsaan akan disambung ke tarikh 10 Oktober depan.
Perkara itu dimaklumkan peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla di laman Facebooknya semalam selepas menerima makluman tersebut dari Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan pada minggu lalu.
Katanya, tarikh perbicaraan rayuan itu diawalkan pada 10 Oktober yang sebelum ini ditetapkan pada 8 November depan.
“Pada minggu lalu, kesemua Peguamcara yang terlibat telah menerima satu lagi makluman daripada pejabat pendaftaran mahkamah rayuan yang mengesahkan penyusunan semula tarikh sambung bicara rayuan yang diawalkan ke tarikh 10.10.2023 (dan tarikh 8 Nov adalah dilapangkan),” kata Haniff yang mewakili Majlis Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dalam kes cabaran terbabit.
Terdahulu, media melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 29 Disember 2021, menolak cabaran keperlembagaan yang dibawa beberapa badan bukan kerajaan, berkaitan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC dan SJKT) di seluruh Malaysia yang menggunakan bahasa pengantar selain dari bahasa kebangsaan.
Tiga daripada badan bukan kerajaan iaitu MAPPIM, GAPENA dan ISMA memfailkan rayuan masing-masing ke mahkamah rayuan.
Pada 29 Mei tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kota Bharu memutuskan sekolah vernakular adalah sah di sisi Perlembagaan Persekutuan dan menolak saman yang difailkan Ikatan Guru-Guru Muslimin Malaysia (I-GURU) berhubung keabsahan sekolah vernakular dan pihak I-GURU turut memfailkan rayuan ke mahkamah rayuan.
Kesemua rayuan tersebut berhubung isu sama telah didengar secara bersama pada 5 Julai dan 24 Ogos lalu. – The Merdeka Times
Sumber: Haniff Khatri | Facebook
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini23 hours ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak