Antarabangsa
Penutupan kerajaan AS tidak dapat dielakkan – Biden
Presiden Joe Biden berkata penutupan kerajaan tidak dapat dielakkan dan jika berlaku, banyak isu penting termasuk berkaitan sains dan kesihatan bakal terjejas.

- Presiden Joe Biden berkata penutupan kerajaan tidak dapat dielakkan dan jika berlaku, banyak isu penting termasuk berkaitan sains dan kesihatan bakal terjejas.
- Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan kepada sekumpulan penasihat sains dan teknologi di San Francisco, Biden berkata beliau tidak fikir apa-apa yang tidak dapat dielakkan dalam politik.
- “Penutupan kerajaan akan berlaku pada hujung minggu ini melainkan penggubal undang-undang boleh mencapai perjanjian dalam bajet.
- “Jadi rakyat Amerika memerlukan rakan Republikan kami di Dewan Perwakilan untuk melakukan tugas mereka: Membiayai kerajaan,” kata Biden.
SAN FRANCISCO: Presiden Joe Biden berkata penutupan kerajaan tidak dapat dielakkan dan jika berlaku, banyak isu penting termasuk berkaitan sains dan kesihatan bakal terjejas.
Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan kepada sekumpulan penasihat sains dan teknologi di San Francisco, Biden berkata beliau tidak fikir apa-apa yang tidak dapat dielakkan dalam politik.
“Penutupan kerajaan akan berlaku pada hujung minggu ini melainkan penggubal undang-undang boleh mencapai perjanjian dalam bajet.
“Jika kita menutup kerajaan, banyak kerja penting dan sains dan kesihatan boleh terjejas, daripada penyelidikan kanser, kepada keselamatan makanan.
“Jadi rakyat Amerika memerlukan rakan Republikan kami di Dewan Perwakilan untuk melakukan tugas mereka: Membiayai kerajaan,” kata Biden.
Buat masa ini, Kongres terus bergerak ke arah krisis fiskal yang lain, dalam tempoh setahun yang menyaksikan kerajaan AS hampir berhenti membuat pembayaran hutang.
Minggu lalu, penggubal undang-undang meninggalkan Dewan Perwakilan dengan tiada resolusi dibuat, sekali gus meningkatkan kemungkinan pentadbiran pimpinan Biden menghampiri tempoh kurang seminggu lagi berdepan penutupan sejak 1977 apabila AS mengalihkan permulaan tahun fiskalnya pada 1 Oktober
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam
Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

- Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
- Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
- Pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
- “Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
- “Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.
GAZA: Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
Dalam serangan bertali arus yang dilancarkan Israel dilihat cubaan untuk mengusir penduduk dari utara wilayah itu ke selatan.
Sementara itu, Hamas mengecam United Kingdom (UK) kerana merancang untuk melancarkan pengawasan melalui udara ke atas Semenanjung Gaza dengan menggelarkan negara itu sebagai rakan dalam perang Israel.
Memetik laporan media Arab, UK yang menjalankan penerbangan pengawasan ke atas Gaza didakwa mahu membantu mengesan tawanan Israel, kata Hamas menerusi satu kenyataan.
Pada Sabtu lalu, Kementerian Pertahanan UK mengesahkan bahawa tenteranya melakukan penerbangan pengawasan ke atas Gaza.
Dalam pada itu, pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
“Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
“Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.
Tentera Israel turut mengarahkan rakyat Palestin mengosongkan beberapa kawasan di dalam dan sekitar bandar Khan Younis.
Selain itu, rejim Zionis juga menyiarkan peta yang menunjukkan tempat perlindungan yang perlu dituju oleh rakyat Palestin dari Khan Younis sehingga ke selatan iaitu di Rafah bersempadan dengan Mesir.
Ramai penduduk Gaza mendakwa kawasan yang mereka dipaksa untuk pergi turut diserang. – AGENSI
Sumber: Berita Harian
-
Terkini4 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel