Connect with us

Antarabangsa

PBB bimbang insiden protes Eritrea di Israel

Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menyatakan kebimbangan terhadap jumlah kecederaan yang tinggi akibat pertempuran di Israel melibatkan penunjuk perasaan dari Eritrea. 

Wartawan TMT

Published

on

PBB bimbang insiden protes Eritrea di Israel
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menyatakan kebimbangan terhadap jumlah kecederaan yang tinggi akibat pertempuran di Israel melibatkan penunjuk perasaan dari Eritrea. 
  • Kemelut tercetus pada Sabtu lalu bermula apabila demonstrasi menentang acara Kerajaan Eritrea bertukar ganas, menyebabkan hampir 140 individu tercedera, termasuk sedozen pencari suaka Eritrea yang terkena tembakan polis Israel.
  • Pertempuran bermula di luar tempat acara di selatan Tel Aviv yang dijadualkan untuk diadakan acara pro-rejim anjuran Kedutaan Eritrea di Israel. 
  • Ratusan hadir untuk menghalang acara itu daripada dijalankan adalah mereka yang anti-kerajaan. Polis mengisytiharkan perhimpunan terbabit sebagai demonstrasi haram dan mengarahkan jalan itu dikosongkan.
  • Polis Israel dalam satu kenyataan berkata, penunjuk perasaan mula bertempur dengan pegawai polis yang melepaskan tembakan terhadap perusuh hingga menyebabkan sekurang-kurangnya 49 anggota polis tercedera.

GENEVA – Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menyatakan kebimbangan terhadap jumlah kecederaan yang tinggi akibat pertempuran di Israel melibatkan penunjuk perasaan dari Eritrea. 

Kemelut tercetus pada Sabtu lalu bermula apabila demonstrasi menentang acara Kerajaan Eritrea bertukar ganas, menyebabkan hampir 140 individu tercedera, termasuk sedozen pencari suaka Eritrea yang terkena tembakan polis Israel.

“Bimbang terhadap jumlah kecederaan yang tinggi semasa protes melibatkan penunjuk perasaan Eritrea di Israel,” kata Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk di platform X dipetik Arab News. 

Katanya, adalah penting untuk siasatan dijalankan bagi mengelak ucapan kebencian terutama oleh pihak berkuasa dan prinsip ‘non-refoulement’ (tidak dihantar pulang) dapat dihormati.

Pertempuran bermula di luar tempat acara di selatan Tel Aviv yang dijadualkan untuk diadakan acara pro-rejim anjuran Kedutaan Eritrea di Israel. 

Ratusan hadir untuk menghalang acara itu daripada dijalankan adalah mereka yang anti-kerajaan. 

Polis mengisytiharkan perhimpunan itu demonstrasi haram dan mengarahkan jalan itu dikosongkan.

Advertisement

Polis Israel dalam satu kenyataan berkata, penunjuk perasaan mula bertempur dengan pegawai polis yang melepaskan tembakan terhadap perusuh hingga menyebabkan sekurang-kurangnya 49 polis tercedera. 

Pada masa sama, terdapat siri pemberontakan lain berlaku antara penyokong dan penentang Kerajaan Eritrea di Tel Aviv.

Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu pada Ahad berkata Israel mempertimbangkan untuk menghantar pulang 1,000 warga Eritrea yang terlibat dalam rusuhan di Tel Aviv pada hujung minggu itu.

Statistik menunjukkan setakat Jun lalu terdapat 17,850 pencari suaka Eritrea di Israel. 

Sumber: Arab News

Author

Antarabangsa

Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Senator Amerika Syarikat (AS) yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, Seth Moulton.
  • Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
  • Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
  • Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
  • “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
  • Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.

Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.

Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.

“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.

Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.

Advertisement

Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending