Connect with us

Terkini

Parlimen Switzerland haramkan Burqa

Parlimen Switzerland meluluskan larangan menutup wajah dalam sebuah keputusan perundangan yang jelas menyasarkan wanita Islam pemakai burqa dan niqab.

Wartawan TMT

Published

on

Parlimen Switzerland haramkan Burqa
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Parlimen Switzerland meluluskan larangan menutup wajah dalam sebuah keputusan perundangan yang jelas menyasarkan wanita Islam pemakai burqa dan niqab.
  • Dewan parlimen rendah Switzerland mengundi dengan keputusan jelas menyokong rang undang-undang itu pada Rabu lalu dengan 151 undi menyokong dan 29 undi menentang.
  • Terdahulu, dewan atasan parlimen meluluskan larangan itu dengan sokongan kuat parti berhaluan kanan, Parti Rakyat Swiss.
  • Usul itu menetapkan larangan menutup hidung, mulut dan mata di kawasan awam dan bangunan persendirian yang boleh diakses orang awam.
  • Larangan itu kini ditetapkan sebagai undang-undang persekutuan dan mereka yang melanggarnya akan didenda 1,000 franc Swiss (RM 5,160). 

Parlimen Switzerland meluluskan larangan menutup wajah dalam sebuah keputusan perundangan yang jelas menyasarkan wanita Islam pemakai burqa dan niqab.

Dewan parlimen rendah Switzerland mengundi dengan keputusan jelas menyokong rang undang-undang itu pada Rabu lalu dengan 151 undi menyokong dan 29 undi menentang.

Terdahulu, dewan atasan parlimen meluluskan larangan itu dengan sokongan kuat parti berhaluan kanan, Parti Rakyat Swiss.

Usul itu menetapkan larangan menutup hidung, mulut dan mata di kawasan awam dan bangunan persendirian yang boleh diakses orang awam.

Larangan itu kini ditetapkan sebagai undang-undang persekutuan dan mereka yang melanggarnya akan didenda 1,000 franc Swiss (RM 5,160). 

Undang-undang baharu itu mempunyai beberapa pengecualian, termasuk berkaitan adat orang asli, urusan keagamaan, persembahan teater dan penutupan muka atas sebab kesihatan dan iklim. 

Tindakan itu meletakkan Switzerland sebaris dengan beberapa negara Eropah lain yang mengharamkan burqa dalam beberapa bentuk tertentu, termasuk Perancis, Belgium, Bulgaria, Austria, Denmark dan Belanda, lapor Middle East Eye.

Advertisement

Dalam usul lain pada 2009 yang fokusnya kepada masyarakat Muslim, Switzerland melarang pembinaan menara masjid baru dan menara tradisional yang dibina untuk melaungkan azan, selepas kempen diketuai kumpulan parti sayap kanan.

Satu kajian pada 2021 oleh Universiti Lucerne pula menunjukkan bilangan wanita di Switzerland yang memakai niqab adalah di antara 21 hingga ke 37 orang dan tiada penemuan wanita yang memakai burqa langsung.

Umat ​​Islam membentuk kira-kira lima peratus daripada 8.6 juta penduduk Switzerland, iaitu sekitar 390,000 orang, yang kebanyakannya berasal dari Turkiye, Bosnia dan Kosovo.

Sumber: Middle East Eye

Author

Advertisement

Terkini

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

A.R. Khan

Published

on

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Foto: Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo.
  • Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
  • Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
  • Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
  • “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
  • Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.

Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi  Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.

Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.

“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.

Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.

Advertisement

Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.

Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel. 

Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending