Connect with us

Antarabangsa

Meta giat bangunkan AI baharu

Meta Platforms sedang mengusahakan sistem kecerdasan buatan (AI) baharu bagi menyaingi model tercanggih yang ditawarkan oleh OpenAI.

Wartawan TMT

Published

on

Meta giat bangunkan AI baharu
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Meta Platforms sedang mengusahakan sistem kecerdasan buatan (AI) baharu bagi menyaingi model tercanggih yang ditawarkan oleh OpenAI.
  • Menurut Wall Street Journal (WSJ) yang memetik sumber, Meta menyasarkan model AI baharu buatannya siap tahun depan, dan dijangka lebih hebat daripada versi komersial yang digelar Llama 2.
  • Menurutnya, sistem itu bakal membantu syarikat lain membina perkhidmatan yang menghasilkan teks, analisis dan keluaran lain lebih canggih.
  • Meta menjangka untuk memulakan latihan sistem AI baharu, dikenali sebagai model bahasa mega, pada awal tahun depan.

WASHINGTON: Meta Platforms sedang mengusahakan sistem kecerdasan buatan (AI) baharu bagi menyaingi model tercanggih yang ditawarkan oleh OpenAI.

Menurut Wall Street Journal (WSJ) yang memetik sumber, Meta menyasarkan model AI baharu buatannya siap tahun depan, dan dijangka lebih hebat daripada versi komersial yang digelar Llama 2.

Menurutnya, sistem itu bakal membantu syarikat lain membina perkhidmatan yang menghasilkan teks, analisis dan keluaran lain yang lebih canggih.

Meta menjangka untuk memulakan latihan sistem AI baharu, yang dikenali sebagai model bahasa mega, pada awal tahun depan.

Sebelum ini, Meta mengeluarkan Llama 2 iaitu model bahasa sumber terbuka yang dilancarkan pada Julai dan diedarkan oleh perkhidmatan Azure simpanan awan Microsoft, untuk bersaing dengan ChatGPT dan Google’s Bard di bawah OpenAI.

Perniagaan dan perusahaan cenderung ke pasaran AI untuk keupayaan yang lebih baharu dan melancarkan proses perniagaan sejak pelancaran ChatGPT OpenAI lewat tahun lalu.

Julai lalu, media antarabangsa melaporkan Apple giat mengusahakan tawaran AI yang sama dengan ChatGPT dan Google’s Bard di bawah OpenAI.

Advertisement

Selain itu, ia juga membina rangka kerjanya sendiri, yang dikenali sebagai ‘Ajax’, untuk mencipta model bahasa yang besar dan sedang menguji chatbot dipanggil ‘Apple GPT’.

Sumber: Buletin TV3

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending