Connect with us

Terkini

Melaka tubuh jawatankuasa khas tangani isu beras 

Melaka akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu kekurangan beras tempatan di negeri ini termasuk melihat kemungkinan berlaku kegiatan sorok beras.

Wartawan TMT

Published

on

Melaka tubuh jawatankuasa khas tangani isu beras 
Foto: Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh.
  • Melaka akan menubuhkan satu jawatankuasa khas tangani isu kekurangan beras tempatan di negeri ini termasuk melihat kemungkinan berlaku kegiatan sorok beras.
  • Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, satu mesyuarat akan diadakan hari ini untuk melihat perkara itu.
  • “Mesyuarat itu akan merangkumi perbincangan untuk mewujudkan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengatasi isu berkenaan dan memantau pergerakan keluar masuk bekalan beras tempatan,” katanya. 
  • Dr Akmal berkata, pihaknya menerima aduan sebuah pasar raya di Jasin semalam, kali terakhir mereka mendapat bekalan beras tempatan adalah 5 September lalu.

JASIN – Melaka akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu kekurangan beras tempatan di negeri ini termasuk melihat kemungkinan berlaku kegiatan sorok beras.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, satu mesyuarat akan diadakan hari ini untuk melihat perkara itu.

Ia membabitkan dua agensi utama negeri iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kawal Selia Padi dan Beras (KPB).

“Mesyuarat itu akan merangkumi perbincangan untuk mewujudkan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengatasi isu berkenaan dan memantau pergerakan keluar masuk bekalan beras tempatan.

“Saya tak nafikan (mungkin) ada aktiviti menyorok beras tempatan di negeri ini, namun tindakan tidak dapat dibuat kerana kita tiada bukti kukuh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjalankan pemeriksaan Ops Jamin di sebuah pasar raya di sini semalam.

Mengulas lanjut, Dr Akmal berkata, pihaknya turut menerima aduan daripada sebuah pasar raya di Jasin semalam bahawa kali terakhir mereka mendapat bekalan beras tempatan adalah pada 5 September lalu.

“Selepas itu, mereka tidak memperolehi lagi bekalan justeru, esok (hari ini) kita akan bermesyuarat dengan agensi terlibat bagi membincangkan data kemasukan beras tempatan ke Melaka.

“Bermula 15 September ini juga, tiga buah syarikat pengilang beras akan dilantik untuk pembungkusan semula beras tempatan sebagai antara usaha memastikan bekalan mencukupi. – MalaysiaGazette

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending