Antarabangsa
LGBT: Sekolah hadkan kebenaran kibaran bendera, bendera Pride dilarang
Lembaga Pengurusan Temecula Valley Unified School di selatan California, Amerika Syarikat (AS) meluluskan polisi mengehadkan jenis bendera yang boleh dikibarkan di sekolah.

- Lembaga Pengurusan Temecula Valley Unified School di selatan California, Amerika Syarikat (AS) meluluskan polisi mengehadkan jenis bendera yang boleh dikibarkan di sekolah.
- Polisi yang ditetapkan dalam mesyuarat lembaga pengurusan sekolah itu pada Selasa lalu disifatkan sesetengah pihak sebagai langkah mengharamkan bendera Pride yang mempromosi ideologi LGBT.
- Dasar sama telah diterima pakai Lembaga pengurusan Daerah Chino Valley Unified School pada Jun lalu.
- “Tiada bendera selain Amerika Syarikat (AS) dan Negeri California boleh dipamerkan di kawasan sekolah, termasuk bilik darjah, melainkan bendera negara, negeri atau tentera AS yang digunakan semata-mata untuk tujuan pendidikan dengan kurikulum yang diterima pakai,” demikian pindaan polisi terbabit.
- Agenda mesyuarat itu berkata tujuan peraturan itu adalah untuk mengekalkan tempat kerja yang selamat dan teratur untuk guru, pelajar, pentadbir, kakitangan, ibu bapa/penjaga dan anggota masyarakat yang lain.
Lembaga Pengurusan Temecula Valley Unified School di selatan California, Amerika Syarikat (AS) meluluskan polisi mengehadkan jenis bendera yang boleh dikibarkan di sekolah.
Polisi yang ditetapkan dalam mesyuarat lembaga pengurusan sekolah itu pada Selasa lalu disifatkan sesetengah pihak sebagai langkah mengharamkan bendera Pride yang mempromosi ideologi LGBT.
Dasar sama telah diterima pakai Lembaga Pengurusan Daerah Chino Valley Unified School pada Jun lalu.
Cadangan Lembaga Pengurusan Temecula Valley Unified School itu lulus dengan undian 3-2 di mana majoriti kelompok konservatif dalam lembaga pengurusan sekolah itu menyokong, manakala pemegang amanah Allison Barclay dan Steven Schwartz mengundi tidak bersetuju.
Cadangan itu pada awalnya tidak menyatakan bendera mana bakal disekat, tetapi mengandungi dua pindaan kepada protokol bendera daerah.
Salah satunya berbunyi; “Tiada bendera selain Amerika Syarikat (AS) dan Negeri California boleh dipamerkan di kawasan sekolah, termasuk bilik darjah, melainkan bendera negara, negeri atau tentera AS yang digunakan semata-mata untuk tujuan pendidikan dengan kurikulum yang diterima pakai”.
Selain daripada bendera disebutkan itu, ia memerlukan kelulusan superintendent (pengawas sekolah).
“Mereka sanggup meletakkan larangan pada bendera lain dalam semangat mereka untuk mengharamkan bendera Pride,” kata Jay Blotcher yang juga pengasas bersama Yayasan Gilbert Baker New York City, sebuah kumpulan advokasi LGBTQ, kepada USA Today.
Dalam agenda mesyuarat lembaga pengurusan sekolah itu berkata, Lembaga Pendidikan tidak bertujuan untuk melucutkan hak mana-mana pihak dalam kebebasan mereka untuk bersuara.
“Tujuan peraturan ini adalah untuk mengekalkan tempat kerja yang selamat dan teratur untuk guru, pelajar, pentadbir, kakitangan, ibu bapa/penjaga dan anggota masyarakat yang lain,” demikian menurut agenda mesyuarat lembaga pengurusan sekolah itu.
Ryan Waroff berkata beliau menyokong dasar bendera dicadangkan itu kerana mana-mana bendera boleh menyebabkan sentimen perpecahan.
“Saya rasa inilah masalah yang kita hadapi di negara ini (AS) sekarang,” kata Waroff yang menetap di kawasan daerah sekolah itu.
Sumber: The Mercury News, USA TODAY
Antarabangsa
Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

- Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
- Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
- Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
- “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
- Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.
Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.
Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS