Connect with us

Antarabangsa

Lelaki lempar, sepak al-Quran di New York

Seorang individu yang tidak dikenali melemparkan senaskhah kitab suci umat Islam, al-Quran ke tanah dan menyepaknya di luar perkarangan Turkish House di New York pada pagi Jumaat.

Published

on

Lelaki lempar, sepak al-Quran di New York
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang individu tidak dikenali melemparkan senaskhah kitab suci umat Islam, al-Quran ke tanah dan menyepaknya di luar perkarangan Turkish House di New York pada pagi Jumaat.
  • Kakitangan keselamatan Turkish House segera campur tangan dan menghalau individu berkenaan dari premis yang menempatkan Konsulat Jeneral Turkiye dan misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lapor Agensi Anadolu.
  • Video tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki membaling buku ke tanah dan memijaknya sambil menjerit, “Ini Al-Quran”. 

WASHINGTON: Seorang individu yang tidak dikenali melemparkan senaskhah kitab suci umat Islam, al-Quran ke tanah dan menyepaknya di luar perkarangan Turkish House di New York pada pagi Jumaat.

Kakitangan keselamatan Turkish House segera campur tangan dan menghalau individu berkenaan dari premis yang menempatkan Konsulat Jeneral Turkiye dan misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lapor Agensi Anadolu.

Pegawai dari Jabatan Polis New York (NYPD) dan Unit Keselamatan Diplomatik (DSS) dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Video yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki membaling buku ke tanah dan memijaknya sambil menjerit, “Ini Al-Quran”. 

Insiden pembakaran al-Quran baru-baru ini di Sweden dan Denmark dengan alasan kebebasan bersuara telah mencetuskan kemarahan negara-negara Islam, termasuk serangan ke atas misi diplomatik.

Sumber: Berita Harian

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author