Connect with us

Antarabangsa

Lelaki berpakaian seperti perempuan dihalau polis

Seorang lelaki China memakai skirt di khalayak ramai telah dimarahi dan dihalau oleh polis tempatan.

Adam Tan

Published

on

Lelaki berpakaian seperti perempuan dihalau polis
Foto: Tangkap layar kejadian lelaki dihalau oleh polis akibat berpakaian wanita.
  • Seorang lelaki China memakai skirt di khalayak ramai telah dimarah dan dihalau oleh polis tempatan.
  • Insiden berlaku di Shenzhen, Guangdong itu tular dalam sebuah video di media sosial pada 4 September lalu.
  • Video itu menunjukkan seorang lelaki sedang memakai stoking perempuan dan skirt pendek untuk tujuan rakaman video di tepi jalan.

CHINA – Seorang lelaki China memakai skirt di khalayak ramai telah dimarahi dan dihalau oleh polis tempatan.

Insiden berlaku di Shenzhen, Guangdong itu tular dalam sebuah video di media sosial pada 4 September lalu.

Video itu menunjukkan seorang lelaki sedang memakai stoking perempuan dan skirt pendek untuk tujuan rakaman video di tepi jalan.

Namun seorang polis tempatan telah memarahi lelaki itu dan menghalaunya dari tempat tersebut.

“Awak pergi dari sini. Lelaki pakai skirt di khalayak ramai, awak rasa awak membawa nilai positif ke? (Di) khalayak ramai, lelaki tak macam lelaki, pakai skirt. Pergi dari sini,” kata polis dalam video tular itu yang dipetik Ifeng News.

Sumber: Ifeng News

Author

Antarabangsa

Mahkamah EU putuskan pejabat kerajaan boleh haramkan pemakaian simbol agama termasuk tudung

Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.

Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah EU putuskan pejabat kerajaan boleh haramkan pemakaian simbol agama termasuk tudung
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
  • “Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
  • Penghakiman itu diperoleh daripada kes dikemukakan seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
  • Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
  • Mahkamah berpangkalan di Luxembourg berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia diguna secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.

Brussels: Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.

“Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.

Penghakiman itu diperoleh daripada kes yang dikemukakan oleh seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.

Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.

Mahkamah yang berpangkalan di Luxembourg itu berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia digunakan secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.

Lagipun, ia terhad kepada perkara yang sangat diperlukan.

Keputusan yang sah untuk pejabat sektor awam di seluruh EU menyokong penghakiman mahkamah EU sebelumnya yang mendapati larangan sedemikian sah di tempat kerja sektor swasta.

Advertisement

Ia berkata, mahkamah negara harus memutuskan kebolehgunaan larangan itu.

Pejabat awam juga boleh mempunyai dasar mengehadkan larangan itu kepada pekerja yang berhadapan dengan orang ramai, atau memutuskan untuk membenarkan pemakaian tanda agama atau falsafah kepercayaan boleh dilihat.

“Setiap negara anggota, dan mana-mana badan infra-negeri dalam rangka kerja kecekapannya, mempunyai margin budi bicara dalam mereka bentuk neutraliti perkhidmatan awam yang ingin dipromosikan di tempat kerja, bergantung pada konteksnya sendiri.

“Bagaimanapun, objektif itu mesti diteruskan dengan cara yang konsisten dan sistematik.

“Langkah yang diambil untuk mencapainya mesti dihadkan kepada apa yang sangat diperlukan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending