Antarabangsa
Lebih 5,000 dikhuatiri maut, 10,000 hilang ekoran banjir di Libya
Lebih 5,000 orang dikhuatiri maut manakala 10,000 lagi hilang selepas hujan lebat di timur laut Libya mengakibatkan dua empangan runtuh sekali gus meningkatkan paras air di kawasan yang sudah sedia ditenggelami banjir, lapor stesen penyiaran CNN.

- Lebih 5,000 dikhuatiri maut manakala 10,000 lagi hilang selepas hujan lebat di timur laut Libya mengakibatkan dua empangan runtuh sekali gus meningkatkan paras air di kawasan sudah sedia ditenggelami banjir, lapor stesen penyiaran CNN.
- Ketua Delegasi Persekutuan Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa di Libya, Tamer Ramadan memberikan angka terkini itu dalam satu taklimat akhbar di Geneva, Switzerland.
- Di bandar Derna, menjadi lokasi paling teruk terjejas, sehingga 6,000 orang dilaporkan masih hilang.
- Menteri Kesihatan pentadbiran timur Libya, Othman Abduljalil menggelar situasi di situ sebagai ‘malapetaka’ dengan banyak kawasan kejiranan musnah sepenuhnya selepas dihanyutkan arus deras.
GENEVA, SWITZERLAND – Lebih 5,000 orang dikhuatiri maut manakala 10,000 lagi hilang selepas hujan lebat di timur laut Libya mengakibatkan dua empangan runtuh sekali gus meningkatkan paras air di kawasan yang sudah sedia ditenggelami banjir, lapor stesen penyiaran CNN.
Ketua Delegasi Persekutuan Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa di Libya, Tamer Ramadan memberikan angka terkini itu dalam satu taklimat akhbar di Geneva, Switzerland.
“Angka kematian amat tinggi,” katanya.
Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri pihak berkuasa timur Libya berkata, sekurang-kurangnya 5,300 orang dibimbangi terkorban dalam bencana itu setakat ini.
Pegawai-pegawai di bandar Tobruk pula menjelaskan, sekurang-kurangnya 145 daripada mangsa yang terkorban ialah rakyat Mesir.
Di bandar Derna, yang menjadi lokasi paling teruk terjejas, sehingga 6,000 orang dilaporkan masih hilang.
Menteri Kesihatan pentadbiran timur Libya, Othman Abduljalil menggelar situasi di situ sebagai ‘malapetaka’ dengan banyak kawasan kejiranan musnah sepenuhnya selepas dihanyutkan arus deras.
Taufan Daniel melanda timur Libya dan mencapai kemuncaknya Isnin lalu di timur laut Libya, demikian menurut Organisasi Meteorologi Dunia.
Sumber: Kosmo
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini22 hours ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak