Connect with us

Terkini

Kurangkan subsidi kepada golongan kaya sebelum perkenal semula GST – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan perlu mengurangkan subsidi kepada golongan kaya sebelum memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Wartawan TMT

Published

on

Kurangkan subsidi kepada golongan kaya sebelum perkenal semula GST - PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan perlu mengurangkan subsidi kepada golongan kaya sebelum memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
  • Semasa temu bual bersama Haslinda Amin daripada Bloomberg di Sidang Kemuncak Asia ke-10 Milken Institute, Anwar mengakui bahawa GST sistem cukai paling cekap dan telus.
  • “Bila kita laksanakannya? Ia bergantung pada ambang. Apabila rakyat hidup dalam kemiskinan yang teruk, anda perlu memperkenalkan dasar cukai progresif, tetapi bukan dasar asas meluas yang memberi kesan kepada golongan sangat miskin,” katanya.
  • Beliau berkata rasionalisasi subsidi tidak akan menjadi keputusan popular tetapi kerajaan ada masa empat tahun sebelum pilihan raya akan datang.
  • Katanya, kerajaan perlu melakukan rasionalisasi subsidi secepat mungkin kerana perbelanjaan subsidi untuk negara adalah antara tertinggi di Asia.

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan perlu mengurangkan subsidi kepada golongan kaya sebelum memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Semasa temu bual bersama Haslinda Amin daripada Bloomberg di Sidang Kemuncak Asia ke-10 Milken Institute, Anwar mengakui bahawa GST adalah sistem cukai yang paling cekap dan telus.

“Bila kita laksanakannya? Ia bergantung pada ambang. Apabila rakyat hidup dalam kemiskinan yang teruk, anda perlu memperkenalkan dasar cukai progresif, tetapi bukan dasar asas meluas yang memberi kesan kepada golongan sangat miskin.

“Jadi, anda perlu beri sedikit masa, namun adakah anda langsung tidak melakukan apa-apa?

“Tidak. Anda perlu meluaskan asas cukai, sudah tentunya. Tetapi anda perlu terlebih dahulu mengurangkan subsidi kepada orang kaya,” katanya.

Beliau berkata rasionalisasi subsidi tidak akan menjadi keputusan popular tetapi kerajaan ada masa empat tahun sebelum pilihan raya akan datang.

Justeru, katanya, kerajaan perlu melakukan rasionalisasi subsidi secepat mungkin kerana perbelanjaan subsidi untuk negara adalah antara yang tertinggi di Asia.

Advertisement

Mengenai pelaburan, Anwar berkata, Malaysia menumpukan kepada kejelasan dasar untuk memastikan negara mampu menarik pelaburan seperti yang berjaya dilakukan pada era 90-an.

Beliau berkata dengan dasar yang betul, kejelasan dasar ekonomi dan disokong oleh tadbir urus yang baik Malaysia boleh melakukan lebih baik lagi daripada era 90-an.

“Kami mempunyai pasukan yang bagus dan kami perlu menerima hakikat bahawa kami memerlukan pelaburan. Perlu ada kemudahan untuk menjalankan perniagaan. Perlu ada kejelasan dasar ekonomi.

“Pada asasnya terdapat konsep Madani, tetapi mengapa saya memanggilnya Madani? Ia adalah kerana keprihatinan dan belas kasihan.

“Kita perlu menangani isu ketidaksamaan, kita ada rakyat yang tinggal di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak, dan beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia. Kita perlu menangani isu ini.

“Dan dengan dasar yang jelas, kami telah dapat menarik pelaburan utama dalam tempoh lima hingga enam bulan lepas dari China, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah. Pelaburan terbesar daripada Infineon Technologies, (melabur) lima bilion euro (kira-kira RM24.9 bilion) ke Malaysia. Ini akan sangat membantu untuk meningkatkan keyakinan,” kata Perdana Menteri.

Advertisement

Kerajaan memperkenalkan Ekonomi Madani yang bertujuan untuk meningkatkan ekonomi Malaysia, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) bagi mencapai aspirasi pelepasan gas rumah hijau (GHG) bersih-sifar negara seawal 2050 dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang disasarkan untuk merancakkan semula sektor pembuatan negara serta meningkatkan pemulihan nilai tambahnya kepada RM587.5 bilion menjelang 2030.

Mengenai pelaburan Tesla, Anwar berkata, syarikat automotif terkemuka dari AS itu memutuskan untuk membuka ibu pejabat operasinya di Malaysia pada akhir Oktober atau awal November tahun ini.

Manakala tiga syarikat tempatan menjalin kerjasama dengan SpaceX, sambil menambah Starlink berpotensi untuk memberi manfaat yang besar kepada Malaysia, katanya.

Ketika ditanya sektor mana yang pelabur harus melabur di Malaysia, Anwar berkata, Malaysia dijangka menyaksikan peningkatan ketara dalam bidang transformasi digital, transformasi tenaga dan tenaga boleh diperbaharui.

“Mengenai cukai pelaburan, ia perlu menarik bagi pelaburan… apa sahaja yang perlu dilakukan, apa sahaja yang perlu untuk memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi kompetitif yang menarik untuk pelaburan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Author

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending