Connect with us

Terkini

Ketepikan sikap individualisme, gembleng tenaga tingkat daya saing negara – Johari

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menggesa semua pihak mengetepikan sikap individualisme, sebaliknya bersama-sama menjiwai semangat kenegaraan, selain menggembleng tenaga meningkatkan daya saing negara di peringkat global.

Wartawan TMT

Published

on

Ketepikan sikap individualisme, gembleng tenaga tingkat daya saing negara – Johari
Foto: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
  • Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menggesa semua pihak mengetepikan sikap individualisme, sebaliknya bersama-sama menjiwai semangat kenegaraan, selain menggembleng tenaga meningkatkan daya saing negara di peringkat global.
  • Beliau berkata, ini kerana keampuhan semangat negara bangsa akan terbina menerusi semangat kenegaraan daripada kesatuan dan kesepaduan rakyat.
  • Tegasnya, negara dan rakyat sedang melalui pelbagai cabaran daripada pelbagai sudut dengan usaha gagasan perpaduan rakyat sudah melalui memori sejarah panjang dan penuh liku.
  • “Alhamdulillah, kitaran kemiskinan di Asia semakin dipecahkan dan rantau ini sedang beranjak sebagai penyumbang penting kepada ekonomi dunia yang mampan dan inklusif,” katanya.

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menggesa semua pihak mengetepikan sikap individualisme, sebaliknya bersama-sama menjiwai semangat kenegaraan, selain menggembleng tenaga meningkatkan daya saing negara di peringkat global.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Beliau berkata, ini kerana keampuhan semangat negara bangsa akan terbina menerusi semangat kenegaraan daripada kesatuan dan kesepaduan rakyat.

Tegasnya, negara dan rakyat sedang melalui pelbagai cabaran daripada pelbagai sudut dengan usaha gagasan perpaduan rakyat juga sudah melalui memori sejarah yang panjang dan penuh liku.

“Dunia kini sedang mengalami titik perubahan signifikan. Kini adalah abad Asia dan saya yakin pusat graviti ekonomi global sedang beralih arah ke Asia.

“Alhamdulillah, kitaran kemiskinan di Asia semakin dipecahkan dan rantau ini sedang beranjak sebagai penyumbang penting kepada ekonomi dunia yang mampan dan inklusif.

“Malah, Malaysia akan menjadi tuan rumah ASEAN pada 2025, selain saya yakin negara sudah siap siaga untuk memacu keberhasilan ASEAN agar kemajuan sosioekonomi warganya dapat dilonjakkan ke tahap lebih tinggi di lapangan serantau dan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bersama Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Rakyat di Parlimen, hari ini.

Mengenai Parlimen Belia, Johari menjelaskan, ia akan dijadikan program inkubator untuk melahirkan barisan kepemimpinan generasi muda berketerampilan dengan proses pengundian ahli perwakilannya akan dirombak secara besar-besaran.

Parlimen Belia kini dikendalikan Parlimen selepas program berkenaan diserahkan Kementerian Belia dan Sukan.

“Pelbagai inisiatif bagi penganjuran program pembangunan golongan muda untuk melahirkan barisan kepimpinan berwibawa akan dirangka.

“Saya ingin menyeru anak muda mendalami pengertian perpaduan agar keharmonian negara akan terus terbela. Sebagai golongan yang akan memimpin negara, mereka harus dipersiapkan bagi menyumbang kepada pembangunan negara yang gemilang.

“Generasi muda sebagai pewaris negara harus giat memainkan peranan aktif dalam menyuntik semangat perpaduan dan kenegaraan agar sentiasa segar dalam mencipta kejayaan negara,” ujarnya.

Sumber: Buletin TV3

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending