Connect with us

Terkini

Kerajaan wajar pertimbang ganti SST dengan VAT, tingkatkan hasil negara – Pakar cukai

Kerajaan wajar mengkaji semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang boleh dijenamakan semula kepada Cukai Nilai Tambah (VAT) untuk meningkatkan hasil negara.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan wajar pertimbang ganti SST dengan VAT, tingkatkan hasil negara - Pakar cukai
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan wajar mengkaji semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang boleh dijenamakan semula kepada Cukai Nilai Tambah (VAT) untuk meningkatkan hasil negara.
  • Ketua Cukai KPMG, Soh Lian Seng berkata, ini sebagai pertimbangan untuk melaksanakan cukai berasaskan penggunaan yang mungkin sejajar dengan prinsip progresif kerangka Ekonomi Madani.
  • “Dari sudut lain, pembaharuan tidak semestinya perlu cukai yang baharu, kemungkinan sudah sampai masa kerajaan boleh mengkaji semula kadar SST pada masa kini. Apa kata kita pertimbangkan semula cukai berasaskan penggunaan boleh kita namakan VAT,” katanya.
  • Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebelum ini berkata, kerajaan tidak menolak memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

PETALING JAYA: Kerajaan wajar mengkaji semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang boleh dijenamakan semula kepada Cukai Nilai Tambah (VAT) untuk meningkatkan hasil negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Ketua Cukai KPMG, Soh Lian Seng berkata, ini sebagai pertimbangan untuk melaksanakan cukai berasaskan penggunaan yang mungkin sejajar dengan prinsip progresif kerangka Ekonomi Madani.

“Dari sudut lain, pembaharuan tidak semestinya perlu cukai yang baharu, kemungkinan sudah sampai masa kerajaan boleh mengkaji semula kadar SST pada masa kini. Apa kata kita pertimbangkan semula cukai berasaskan penggunaan yang boleh kita namakan VAT,” katanya kepada Buletin TV3.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebelum ini berkata, kerajaan tidak menolak untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Pada sidang media Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12, beliau bagaimanapun berkata kerajaan akan mengutamakan strategi untuk meluaskan sumber hasil negara termasuk fokus membangunkan Cukai Keuntungan Modal (CGT), yang dijadualkan tahun depan.

Soh juga menyaran kerajaan untuk memperkenalkan CGT pada kadar lima hingga 10 peratus, ke atas pelupusan saham tidak tersenarai.

Kerajaan juga perlu memastikan ketersediaan syarikat kategori lain seperti perkongsian liabiliti terhad, badan amanah dan koperasi jika merancang untuk meluaskan pelaksanaan CGT.

Sumber: Buletin TV3

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Aman Palestin siapkan tiga projek mega di Syria dalam tempoh sekatan akaun

Aman Palestin berjaya menyiapkan tiga projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria walaupun berdepan kekangan akibat akaunnya disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Aman Palestin berjaya menyiapkan tiga projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria walaupun berdepan kekangan akibat akaunnya disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam.
  • Aman Palestin dalam kenyataan hari ini mengatakan ketiga-tiga projek itu dibina di Al-Bab dan Jarablus, Syria dengan peruntukan USD1,048,612 (RM5.028 juta) yang akan memberi manfaat kepada puluhan ribu masyarakat di kawasan tersebut.
  • Biarpun projek itu berjaya disiapkan, Aman Palestin masih perlu menjelaskan hutang sekitar RM1.918 juta dan menggesa sekatan ke atas akaunnya dapat dihentikan untuk menyempurnakan transaksi tersebut.

KUALA LUMPUR – Aman Palestin berjaya menyiapkan tiga projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria walaupun berdepan kekangan akibat akaunnya disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Aman Palestin dalam kenyataan hari ini mengatakan ketiga-tiga projek itu dibina di Al-Bab dan Jarablus, Syria dengan peruntukan USD1,048,612 (RM5.028 juta) yang akan memberi manfaat kepada puluhan ribu masyarakat di kawasan tersebut.

Foto : Projek saluran air.

“Projek yang didirikan antaranya Projek Saluran Air Bersih dari Sungai Furat ke Perkampungan Ataa, Jarablus dengan jangka masa projek selama 15 bulan membabitkan kos USD659,000 (RM3.16 juta).

Foto: Masjid Ghafur.

”Pembinaan Masjid Al-Ghafour, Al-Bab dengan jangka masa pembinaan selama 7 bulan membabitkan kos USD130,000 (RM623,000).

Foto: Pusat Komuniti.

“Projek Pusat Komuniti Perkampungan Ataa, Jarablus dengan jangka masa pembinaan selama 18 bulan, membabitkan kos sebanyak USD259,612 (RM1.24 juta),” katanya di sini hari ini.

Biarpun projek itu berjaya disiapkan dan berakhir sekitar November dan Disember tahun lalu, Aman Palestin masih perlu menjelaskan hutang sekitar RM1.918 juta untuk menyempurnakan transaksi projek tersebut.

“Walaupun projek mega Aman Palestin ini telah berjaya disiapkan, Aman Palestin masih mempunyai hutang perlu dilunaskan sebanyak USD 400,000 (RM1.918 juta) untuk projek saluran air bersih berikutan akaun Aman Palestin yang disekat dan tidak mampu membayar hutang tersebut.

“Pembinaan projek-projek ini jelas tujuannya untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penduduk di sekitar Jarablus dan Al-Bab serta memberikan perkembangan yang terbaik dalam taraf hidup masyarakat di sana. 

“Dengan projek ini, Aman Palestin meletakkan harapan agar para penduduk yang mendapat manfaat dapat menggunakan kemudahan dengan sebaiknya demi kelangsungan hidup yang lebih baik.

“Dalam masa yang sama, Aman Palestin menggesa agar akaun Aman Palestin dapat dinyahbekukan dengan segera berikutan ramai lagi saudara kita di Palestin, Syria dan Yaman yang ketika ini amat memerlukan bantuan daripada kita untuk terus hidup,” kata NGO itu. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending