Connect with us

Terkini

Kerajaan perlu tingkatkan penguatkuasaan tangani kekurangan beras tempatan

Kerajaan menerusi agensi berkaitan perlu meningkatkan aspek penguatkuasaan dalam menangani isu kekurangan bekalan beras tempatan di pasaran sehingga menjejaskan keperluan pengguna.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan perlu tingkatkan penguatkuasaan tangani kekurangan beras tempatan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan menerusi agensi berkaitan perlu tingkatkan penguatkuasaan dalam tangani isu kekurangan bekalan beras tempatan di pasaran sehingga menjejaskan keperluan pengguna.
  • Pengerusi Persatuan Pelindung Pengguna Negeri Sembilan, A. Vijayakumaran berkata, aktiviti penguatkuasaan yang ditingkat dan digiatkan sudah pasti penting bagi mengambil tindakan terhadap pihak cuba mengambil kesempatan dalam isu dihadapi ketika ini.
  • “Agensi penguatkuasaan kena masuk pergi cari, memang mereka bertugas dari pukul 8 hingga 5 tetapi, mereka harus tahu tanggungjawab, mesti tahu barang apa yang tiada, jika sekarang ini tiada beras, pergi lah cari di mana-mana gudang.
  • “Sudah tentu kita bukan mahu ‘bunuh’ peniaga, tetapi peniaga janganlah ‘bunuh’ pengguna. Aktiviti sorok sentiasa berlaku dan mesti ada dalam keadaan begini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.
  • Beliau mengulas mengenai isu kesukaran pengguna mendapatkan beras tempatan di pasaran yang harganya dikawal kerajaan.

SEREMBAN: Kerajaan menerusi agensi berkaitan perlu meningkatkan aspek penguatkuasaan dalam menangani isu kekurangan bekalan beras tempatan di pasaran sehingga menjejaskan keperluan pengguna.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi Persatuan Pelindung Pengguna Negeri Sembilan, A. Vijayakumaran berkata, aktiviti penguatkuasaan yang ditingkat dan digiatkan sudah pasti penting bagi mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam isu yang dihadapi ketika ini.

Jelas beliau, ia termasuk dakwaan berlakunya tindakan memanipulasi bekalan beras putih tempatan yang ditukarkan kepada kampit beras import serta aktiviti menyorok bekalan beras.

“Agensi penguatkuasaan kena masuk pergi cari, memang mereka bertugas dari pukul 8 hingga 5 tetapi, mereka harus tahu tanggungjawab, mesti tahu barang apa yang tiada, jika sekarang ini tiada beras, pergi lah cari di mana-mana gudang.

“Sudah tentu kita bukan mahu ‘bunuh’ peniaga, tetapi peniaga janganlah ‘bunuh’ pengguna. Aktiviti sorok sentiasa berlaku dan mesti ada dalam keadaan begini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai isu kesukaran pengguna untuk mendapatkan beras tempatan di pasaran yang harganya dikawal kerajaan.

Isu berkenaan turut berlaku di beberapa daerah di negeri ini malah tinjauan di beberapa pasar raya mendapati kebanyakan beras yang dijual adalah beras import sahaja.

Vijayakumaran dalam pada itu berpandangan, kerajaan perlu memberi tumpuan sepenuhnya dalam usaha meningkatkan pengeluaran padi tempatan bagi mengatasi masalah yang berlaku.

“Kita kena beri tumpuan kepada tanaman padi dan tingkatkan pengeluaran beras di dalam negara, kerajaan perlu beri perhatian dengan apa yang rakyat hadapi,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia 

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending