Connect with us

Terkini

Kerajaan hilang majoriti dua pertiga, sukar pinda Perlembagaan ekoran Syed Saddiq jadi pembangkang

Tindakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertindak keluar daripada blok kerajaan bagi menjadi pembangkang kuasa ketiga menyebabkan Kerajaan Perpaduan tidak dapat mengekalkan majoriti dua pertiga.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan hilang majoriti dua pertiga, sukar pinda Perlembagaan ekoran Syed Saddiq jadi pembangkang
Foto: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
  • Tindakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman keluar blok kerajaan bagi jadi pembangkang kuasa ketiga menyebabkan Kerajaan Perpaduan tidak dapat mengekalkan majoriti dua pertiga.
  • Pakar perundangan dan perlembagaan, Prof Dr Nik Ahmad Nik Mahmood, berkata apabila kerajaan hilang sokongan majoriti dua pertiga itu, maka ini menjadi satu halangan besar kerajaan meminda mana-mana perlembagaan negara pada masa diperlukan.
  • Katanya, tindakan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dilihat sebagai rancangan strategi tertentu mendapatkan sokongan Kerajaan Perpaduan yang tidak mengendahkan beberapa permintaan parti itu.
  • Beliau mengulas tindakan Syed Saddiq yang secara rasmi Sabtu lalu mengumumkan keluar daripada blok kerajaan untuk menjadi pembangkang sebagai kuasa ketiga.
  • Nik Ahmad Kamal tidak menolak kemungkinan, penarikan sokongan Syed Saddiq itu sememangnya kerana parti MUDA benar-benar mahu Kerajaan Perpaduan mengkaji dengan mendalam keputusan dan dasar semasa berkaitan dengan kes yang sedang dihadapi pemimpin kerajaan pada masa ini.

KUALA LUMPUR: Tindakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertindak keluar daripada blok kerajaan bagi menjadi pembangkang kuasa ketiga menyebabkan Kerajaan Perpaduan tidak dapat mengekalkan majoriti dua pertiga.

Pakar perundangan dan perlembagaan, Prof Dr Nik Ahmad Nik Mahmood, berkata apabila kerajaan hilang sokongan majoriti dua pertiga itu, maka ini menjadi satu halangan besar untuk kerajaan meminda mana-mana perlembagaan negara pada masa yang diperlukan.

Katanya, tindakan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu dilihat sebagai rancangan strategi tertentu bagi mendapatkan sokongan daripada Kerajaan Perpaduan yang dilihat tidak mengendahkan beberapa permintaan parti itu.

“Apabila Syed Saddiq kini menyokong pembangkang, ia satu strategi mengugut atau ‘arm twisting’ supaya Pakatan Harapan (PH) menerima MUDA atau pun memberi lebih banyak konsesi diberikan dalam Kerajaan Perpaduan kepada parti itu,” katanya kepada BH.

Beliau mengulas tindakan Syed Saddiq yang secara rasmi Sabtu lalu mengumumkan keluar daripada blok kerajaan untuk menjadi pembangkang sebagai kuasa ketiga.

Syed Saddiq menjelaskan tindakan itu sebagai protes terhadap keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan berkait kes Yayasan Akalbudi yang MUDA anggap sebagai permulaan menormalisasikan rasuah.

Ketika ini, Kerajaan Perpaduan yang dibentuk melalui kerjasama 14 parti politik mempunyai 147 ahli Parlimen daripada 222 kerusi Parlimen, iaitu kurang satu kerusi untuk menjadi kuasa majoriti dua pertiga (148 kerusi).

Advertisement

Dengan keputusan itu, menjadikan jumlah pembangkang adalah 74 termasuk satu kerusi melalui Syed Saddiq.

Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, MUDA bertanding menggunakan logo sendiri di empat kerusi iaitu Parlimen Muar, Parlimen Kepala Batas, Tanjong Karang, Tanjung Piai dan Kota Marudu, namun menang satu kerusi di Parlimen Muar.

Nik Ahmad Kamal juga tidak menolak kemungkinan, penarikan sokongan Syed Saddiq itu sememangnya kerana parti MUDA benar-benar mahu Kerajaan Perpaduan mengkaji dengan mendalam keputusan dan dasar semasa berkaitan dengan kes yang sedang dihadapi pemimpin kerajaan pada masa ini.

Sumber: Berita Harian

Author

Advertisement

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending