Connect with us

Antarabangsa

Kenaikan harga beras India jejas masyarakat dunia

Institut Penyelidikan Dasar Makanan Antarabangsa (IFPRI) memberi amaran bahawa peningkatan harga komoditi utama seperti beras, gula dan bawang di India akan menyebabkan inflasi eksport makanan dunia, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Wartawan TMT

Published

on

Kenaikan harga beras India jejas masyarakat dunia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Institut Penyelidikan Dasar Makanan Antarabangsa (IFPRI) memberi amaran bahawa peningkatan harga komoditi utama seperti beras, gula dan bawang di India akan menyebabkan inflasi eksport makanan dunia, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).
  • Sepanjang dekad lalu, India muncul pengeksport beras terbesar dunia dan menguasai 40 peratus pasaran, manakala negara itu juga merupakan pengeksport kedua terbesar gula dan bawang.
  • Indeks Harga Beras Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) melonjak 2.8 peratus pada Julai lalu sekali gus paras tertinggi sejak September 2011.
  • “Sejak larangan itu diumumkan akhir bulan lalu, harga beras di Thailand meningkat 20 peratus,” kata felo penyelidik kanan di IFPRI, Joseph W Glauber.
  • Peningkatan harga beras memberi kesan negatif terutamanya kepada negara-negara miskin, manakala jaminan makanan di 18 ‘titik panas kelaparan’ yang dikenal pasti oleh FAO dan Program Makanan Sedunia (WFP) menjadi semakin buruk.

NEW DELHI, India – Institut Penyelidikan Dasar Makanan Antarabangsa (IFPRI) memberi amaran bahawa peningkatan harga komoditi utama seperti beras, gula dan bawang di India akan menyebabkan inflasi eksport makanan dunia, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Sepanjang dekad lalu, India muncul pengeksport beras terbesar dunia dan menguasai 40 peratus pasaran, manakala negara itu juga merupakan pengeksport kedua terbesar gula dan bawang.

Indeks Harga Beras Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) melonjak 2.8 peratus pada Julai lalu sekali gus paras tertinggi sejak September 2011.

Peningkatan itu didorong oleh kenaikan harga pelbagai beras tempatan selepas India melarang eksport beras ke luar negara.

Menurut FAO, ia mengekalkan ‘unjuran menaik’ ke atas harga beras dari wilayah-wilayah lain.

“Sejak larangan itu diumumkan akhir bulan lalu, harga beras di Thailand meningkat 20 peratus,” kata felo penyelidik kanan di IFPRI, Joseph W Glauber.

Peningkatan harga beras memberi kesan negatif terutamanya kepada negara-negara miskin, manakala jaminan makanan di 18 ‘titik panas kelaparan’ yang dikenal pasti oleh FAO dan Program Makanan Sedunia (WFP) menjadi semakin buruk.

Beras adalah diet ruji berjuta-juta penduduk di seluruh Benua Asia dan Afrika. India adalah pembekal utama kepada pasaran tersebut.

Menurut IFPRI, 42 negara di Asia dan kawasan pinggir Sahara di Afrika mengimport 50 peratus beras masing-masing dari India, manakala import beras di beberapa negara lagi mencecah 80 peratus.

Permintaan beras India tidak boleh digantikan dengan mudah oleh negara pengeksport utama lain seperti Vietnam, Thailand atau Pakistan.

Bagaimanapun, kenaikan harga makanan global tidak boleh dipersalahkan semata-mata atas tindakan India.

Penamatan Inisiatif Bijirin Laut Hitam susulan pencerobohan Russia ke atas Ukraine dan keadaan iklim ekstrem dunia menjadi faktor utama lain yang menyumbang kepada masalah tersebut.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
  • Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
  • Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
  • Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
  • Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.

Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.

Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.

Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.

Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.

Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending