Connect with us

Terkini

Keluarkan fatwa tugas mufti bukan ahli politik 

Kenyataan atau ungkapan dikeluarkan pemimpin politik yang menyentuh isu agama sehingga menjurus kepada ‘fatwa haram’ boleh mengelirukan orang ramai, selain berisiko menyebabkan berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat.

Wartawan TMT

Published

on

Keluarkan fatwa tugas mufti bukan ahli politik 
Foto: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor (kiri) & Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman (kanan).
  • Kenyataan atau ungkapan dikeluarkan pemimpin politik yang menyentuh isu agama sehingga menjurus kepada ‘fatwa haram’ boleh mengelirukan orang ramai, selain berisiko menyebabkan berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat.
  • Tanpa menamakan mana-mana ahli politik, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, berkata mana-mana orang Islam tidak boleh sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum ‘haram’ ke atas mana-mana individu Islam lain.
  • “Bukan tugas orang politik nak mengeluarkan fatwa kerana mufti yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa, itu pun selepas bermesyuarat dalam Jawatankuasa Fatwa sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan,” katanya kepada BH, hari ini.
  • Media sebelum ini melaporkan ucapan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyebut ‘haram’ mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kaiat yang bertanding di kerusi Parlimen Pulai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sabtu ini.
  • Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, menegur sikap segelintir pemimpin politik yang sewenang-wenangnya mengeluarkan ‘fatwa’.
  • Tegasnya, tindakan pemimpin politik terbabit hanya akan memberi kesan tidak baik kepada masyarakat.

PUTRAJAYA: Kenyataan atau ungkapan dikeluarkan pemimpin politik yang menyentuh isu agama sehingga menjurus kepada ‘fatwa haram’ boleh mengelirukan orang ramai, selain berisiko menyebabkan berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat.

Tanpa menamakan mana-mana ahli politik, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, berkata mana-mana orang Islam tidak boleh sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum ‘haram’ ke atas mana-mana individu Islam lain.

“Bukan sahaja menjatuhkan hukum haram, untuk menuduh mana-mana orang Islam itu kafir pun tidak boleh sebaliknya perlu dikemukakan bukti jika mahu menuduh individu itu kafir.

“Bukan tugas orang politik nak mengeluarkan fatwa kerana mufti yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa, itu pun selepas bermesyuarat dalam Jawatankuasa Fatwa sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan,” katanya kepada BH, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan ucapan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyebut ‘haram’ mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kaiat yang bertanding di kerusi Parlimen Pulai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sabtu ini.

Malah, rakaman video sebahagian ucapan Ahli Parlimen Pagoh itu tular dan diulang siar dalam media sosial, sehingga mengundang kecaman serta kritikan dalam kalangan netizen, selain digunakan parti lawannya untuk membuat serangan balas.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, menegur sikap segelintir pemimpin politik yang sewenang-wenangnya mengeluarkan ‘fatwa’.

Advertisement

Tegasnya, tindakan pemimpin politik terbabit hanya akan memberi kesan tidak baik kepada masyarakat.

“Sudah-sudahlah, tak perlu keluarkan fatwa kerana ini adalah tugas mufti. Jika buat fatwa sewenang-wenangnya, bimbang akan mengelirukan masyarakat.

“Jadi, dalam hal fatwa, serahkan kepada mufti-mufti negeri ataupun pihak yang ada kuasa dalam bidang berkenaan, bukan ahli politik,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Advertisement

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending