Connect with us

Antarabangsa

Isu Islamofobia: Islam adalah sebahagian Jerman –  Frank-Walter Steinmeier

Islam adalah sebahagian Jerman, kata Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier, baru-baru ini, ketika rasisme (sikap perkauman) dan Islamofobia semakin meningkat dalam kalangan masyarakat di negara kuasa besar itu.

Wartawan TMT

Published

on

Isu Islamofobia: Islam adalah sebahagian Jerman –  Frank-Walter Steinmeier
Foto: Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier.
  • Islam adalah sebahagian Jerman, kata Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier, baru-baru ini, ketika rasisme (sikap perkauman) dan Islamofobia semakin meningkat dalam kalangan masyarakat di negara kuasa besar itu.
  • Rasisme dan Islamofobia merupakan propaganda kumpulan dan parti berhaluan kanan yang mengeksplotasikan krisis pelarian dalam usaha menimbulkan ketakutan terhadap imigran. 
  • “Islam, agama Islam, kehidupan Muslim, budaya Muslim telah tersemai di negara ini,” kata Steinmeier dipetik agensi berita Anadolu ketika ulang tahun ke-50 Persatuan Pusat Kebudayaan Islam (VIKZ) di Cologne pada 16 September lalu.
  • Steinmeier menegaskan kebebasan beragama bermaksud melindungi hak semua penganutnya. 
  • Sejumlah 898 insiden anti-Muslim direkodkan di Jerman pada 2022, manakala kes tidak dilaporkan masih tinggi, menurut laporan semasa dikeluarkan pada Jun oleh pertubuhan bukan kerajaan, Alliance Against Islamophobia and Muslim Hostility (Pakatan Menentang Islamofobia dan Permusuhan Islam) yang berpusat di Berlin.

Islam adalah sebahagian Jerman, kata Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier, baru-baru ini, ketika rasisme (sikap perkauman) dan Islamofobia semakin meningkat dalam kalangan masyarakat di negara kuasa besar itu.

Rasisme dan Islamofobia merupakan propaganda kumpulan dan parti berhaluan kanan yang mengeksplotasikan krisis pelarian dalam usaha menimbulkan ketakutan terhadap imigran. 

“Islam, agama Islam, kehidupan Muslim, budaya Muslim telah tersemai di negara ini,” kata Steinmeier dipetik agensi berita Anadolu ketika ulang tahun ke-50 Persatuan Pusat Kebudayaan Islam (VIKZ) di Cologne pada 16 September lalu.

Steinmeier menegaskan kebebasan beragama bermaksud melindungi hak semua penganutnya. 

“Jerman adalah negara yang berideologi neutral. Tetapi kebebasan beragama tidak bermaksud kita bebas daripada agama. Tidak, ia bermaksud memberi ruang beragama dan melindungi kebebasan penganut agama, semua penganut agama,” kata Presiden Jerman itu. 

Kenyataan Steinmeier dibuat selepas laporan mengatakan rasisme dan Islamofobia kini menjadi sebahagian kehidupan di Jerman. 

Sejumlah 898 insiden anti-Muslim direkodkan di Jerman pada 2022, manakala kes tidak dilaporkan masih tinggi, menurut laporan semasa dikeluarkan pada Jun oleh pertubuhan bukan kerajaan, Alliance Against Islamophobia and Muslim Hostility (Pakatan Menentang Islamofobia dan Permusuhan Islam) yang berpusat di Berlin. 

Advertisement

Berdepan rasisme adalah sebahagian rutin kehidupan harian orang Islam di Jerman dengan banyak kes direkodkan adalah melibatkan wanita.

Sumber: Anadolu

Author

Antarabangsa

Mahkamah EU putuskan pejabat kerajaan boleh haramkan pemakaian simbol agama termasuk tudung

Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.

Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah EU putuskan pejabat kerajaan boleh haramkan pemakaian simbol agama termasuk tudung
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
  • “Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
  • Penghakiman itu diperoleh daripada kes dikemukakan seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
  • Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
  • Mahkamah berpangkalan di Luxembourg berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia diguna secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.

Brussels: Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.

“Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.

Penghakiman itu diperoleh daripada kes yang dikemukakan oleh seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.

Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.

Mahkamah yang berpangkalan di Luxembourg itu berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia digunakan secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.

Lagipun, ia terhad kepada perkara yang sangat diperlukan.

Keputusan yang sah untuk pejabat sektor awam di seluruh EU menyokong penghakiman mahkamah EU sebelumnya yang mendapati larangan sedemikian sah di tempat kerja sektor swasta.

Advertisement

Ia berkata, mahkamah negara harus memutuskan kebolehgunaan larangan itu.

Pejabat awam juga boleh mempunyai dasar mengehadkan larangan itu kepada pekerja yang berhadapan dengan orang ramai, atau memutuskan untuk membenarkan pemakaian tanda agama atau falsafah kepercayaan boleh dilihat.

“Setiap negara anggota, dan mana-mana badan infra-negeri dalam rangka kerja kecekapannya, mempunyai margin budi bicara dalam mereka bentuk neutraliti perkhidmatan awam yang ingin dipromosikan di tempat kerja, bergantung pada konteksnya sendiri.

“Bagaimanapun, objektif itu mesti diteruskan dengan cara yang konsisten dan sistematik.

“Langkah yang diambil untuk mencapainya mesti dihadkan kepada apa yang sangat diperlukan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending