Terkini
Isham Jalil digesa letak jawatan jika tidak setuju UMNO kerjasama PH, DAP
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil digesa melepaskan jawatannya sekiranya tidak menerima pendirian parti itu untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan(PH) yang turut dianggotai DAP sebagai parti komponen.
- Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil digesa melepaskan jawatannya sekiranya tidak menerima pendirian parti itu untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan(PH) yang turut dianggotai DAP sebagai parti komponen.
- Gesaan itu dibuat rakan separti, Datuk Lokman Noor Adam yang berkata setiap tindakan Isham ketika ini dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan tidak menguntungkan dan hanya menyusahkan parti terbabit.
- “Jadi bagi sayalah beliau (Isham) ini pun dah lebih kurang sama dengan Syed Saddiq kalau dia rasa dia tidak bersetuju dengan pendirian yang telah dibuat dan dia persetujui ketika dia Ketua Penerangan UMNO dan sekarang bila dia tak dapat jadi Ketua Penerangan balik dia rasa dia tak bersetuju dia rasa pendirian parti ini (UMNO) patut ikut apa dikehendaki puak Perikatan Nasional (PN) dia nak parti ini bekerjasama dengan Perikatan Nasional bukan Pakatan Harapan bukan DAP.”
- “Tetapi kalau dia masih lagi berada sebagai MKT UMNO setiap tindakan ini menyusahkan kita hari ini sepatutnya kita ini pimpinan kena yakinkan akar umbi kita untuk menerima PH dan rakan-rakan dalam komponen PH bukan kita ini menjadi batu api yang menyebabkan berlakunya perpecahan,” katanya menerusi klip video dimuat naik di platform X pada Isnin.
KUALA LUMPUR — Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil digesa melepaskan jawatannya sekiranya tidak menerima pendirian parti itu untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan(PH) yang turut dianggotai DAP sebagai parti komponen.
Gesaan itu dibuat rakan separti, Datuk Lokman Noor Adam yang berkata setiap tindakan Isham ketika ini dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan tidak menguntungkan dan hanya menyusahkan parti terbabit.
Lokman yang juga Ahli MKT UMNO berkata, sepatutnya sebagai pemimpin mereka perlu menyakinkan akar umbi untuk menerima PH dan rakan parti dalam komponen PH, bukannya menjadi ‘batu api’ hingga menyebabkan perpecahan berlaku.
“Jadi bagi sayalah beliau (Isham) ini pun dah lebih kurang sama dengan Syed Saddiq kalau dia rasa dia tidak bersetuju dengan pendirian yang telah dibuat dan dia persetujui ketika dia Ketua Penerangan UMNO dan sekarang bila dia tak dapat jadi Ketua Penerangan balik dia rasa dia tak bersetuju dia rasa pendirian parti ini (UMNO) patut ikut apa dikehendaki puak Perikatan Nasional (PN) dia nak parti ini bekerjasama dengan Perikatan Nasional bukan Pakatan Harapan bukan DAP.
“… maka sewajarnya dia meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan dia teruskan sokongan sama ada dia nak masuk PN pun boleh, dia nak jadi orang yang berbeza pandangan, dia nak memekak daripada luar pun takde masalah.
“Tetapi kalau dia masih lagi berada sebagai MKT UMNO setiap tindakan ini menyusahkan kita hari ini sepatutnya kita ini pimpinan kena yakinkan akar umbi kita untuk menerima PH dan rakan-rakan dalam komponen PH bukan kita ini menjadi batu api yang menyebabkan berlakunya perpecahan,” katanya menerusi klip video dimuat naik di platform X pada Isnin.
Pada Jun lalu, Isham dilaporkan menegaskan pendiriannya untuk terus membantu kemenangan UMNO berbanding memberi sokongan kepada parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan iaitu DAP.
Beliau berkata DAP disifatkan mampu menjaga diri sendiri kerana mereka mempunyai pengundi yang ramai dan tidak perlu risau mengenai parti berkenaan.
Memetik kenyataan Isham, Lokman berkata beliau tiada masalah dengan perbezaan pandangan sedemikian, bagaimanapun lebih baik sekiranya bekas Ketua Penerangan UMNO itu tidak membangkitkan DAP.
“Itu pendirian dia tiada masalah untuk dia berbeza pandangan tetapi saya tanya dengan dia kenapa you perlu keluarkan ayat yang kedua itu? Bukankah lebih mudah dia kata saya akan bantu UMNO full stop.
“Bila dia sebagai MKT, dia sambung ayat itu kata tidak akan bantu DAP maknanya dia menolak keputusan yang dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang dalam itu ada DAP,” katanya. — The Merdeka Times
Sumber : Platform X Dato’ Lokman Adam
Terkini
Pentadbiran Islam di Malaysia tidak tindas, paksa mana-mana pihak tukar agama
Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.
- Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.
- Muhamad Rozaimi menegaskan rumah-rumah ibadat kelompok bukan Islam juga tidak pernah diganggu di negara Islam ini.
- Sebaliknya, beliau merasakan usaha dakwah lebih sukar dilaksanakan di Malaysia walaupun ia negara Islam.
- “…Walaupun sebutan saya ini akan menyebabkan sedikit terguris kepada pentadbiran agama tapi saya kena sebut, kadang-kadang nak berdakwah agama Islam dalam negara ini lebih sukar daripada nak menyebarkan agama bukan Islam.
- “Kerana agama bukan Islam, Kristian, Hindu, Buddha tidak pernah disyaratkan nak berceramah di tempat mereka, di tempat ibadat mereka mesti mengambil tauliah tetapi di negeri-negeri Islam ini perlu mengambil tauliah.
- “14 negeri 14 tauliahlah kena ambil walaupun negara ini adalah negara umat Islam ataupun negara Islam,” katanya menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘Fasiskah Bumiputera di Malaysia?’ yang bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini pada Isnin malam.
- Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan sama ada ciri-ciri fasis kelihatan dalam pentadbiran agama Islam di negara ini dan mengapa saat ini masih ramai yang beranggapan menegakkan syariat Islam adalah fasisme.
KUALA LUMPUR — Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.
Muhamad Rozaimi menegaskan rumah-rumah ibadat kelompok bukan Islam juga tidak pernah diganggu di negara Islam ini.
Sebaliknya, beliau merasakan usaha dakwah lebih sukar dilaksanakan di Malaysia walaupun ia negara Islam.
“…Walaupun sebutan saya ini akan menyebabkan sedikit terguris kepada pentadbiran agama tapi saya kena sebut, kadang-kadang nak berdakwah agama Islam dalam negara ini lebih sukar daripada nak menyebarkan agama bukan Islam.
“Kerana agama bukan Islam, Kristian, Hindu, Buddha tidak pernah disyaratkan nak berceramah di tempat mereka, di tempat ibadat mereka mesti mengambil tauliah tetapi di negeri-negeri Islam ini perlu mengambil tauliah.
“14 negeri 14 tauliahlah kena ambil walaupun negara ini adalah negara umat Islam ataupun negara Islam,” katanya menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘Fasiskah Bumiputera di Malaysia?’ yang bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini pada Isnin malam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan sama ada ciri-ciri fasis kelihatan dalam pentadbiran agama Islam di negara ini dan mengapa saat ini masih ramai yang beranggapan menegakkan syariat Islam adalah fasisme.
Program terbitan Merdeka Studio itu turut menampilkan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dan peguam, Tai Zee How atau lebih dikenali sebagai ‘Apek Cina’ sebagai panel utama.
Mengulas lanjut, Muhamad Rozaimi menjelaskan kenyataannya itu bukan untuk mempertikaikan perkara terbabit, tetapi dalam hal sedemikian kemudahan dan kebebasan diberikan kepada kelompok bukan Islam.
“Saya bukan nak pertikai cuma kemudahan itu diberi kebebasan itu diberi… tauliah itu sebenarnya diperlukan untuk mengawal daripada ajaran-ajaran sesat itu daripada disebarkan dengan tidak berdisiplin,” katanya. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
-
Terkini4 days ago
Kes GISBH, bukan di bawah bidang kuasa JAKIM – PKPU
-
Terkini4 days ago
Kajian GISBH sudah dibentang kepada JAKIM, tapi tiada tindakan – Dr Maza
-
Terkini4 days ago
GISB: Anwar arah pihak berkuasa, majlis agama segera siasat, ambil tindakan
-
Antarabangsa4 days ago
The Bibi Files: Netanyahu gagal sekat tayangan dokumentari salah lakunya