Connect with us

Terkini

Institut Kesihatan Mental bakal ditubuhkan

Kerajaan akan menubuhkan Institut Kesihatan Mental ekoran masalah tersebut semakin membimbangkan, kata  Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Published

on

Institut Kesihatan Mental bakal ditubuhkan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan akan menubuhkan Institut Kesihatan Mental ekoran masalah tersebut semakin membimbangkan, kata  Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri  berkata, pelaksanaan Rekod Perubatan Elektronik di hospital dan klinik kesihatan juga akan diperluas ke seluruh negara bagi memastikan perkongsian rekod perubatan pesakit di negara ini  lancar, sistematik dan mesra rakyat.
  • “Liputan perlindungan kesihatan akan ditingkatkan melalui perluasan Skim Perubatan MADANI bagi menzahirkan hasrat murni kerajaan dalam membantu golongan kurang berkemampuan,” katanya ketika pembentangan Kajian Separuh Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMKe-12) di Dewan Rakyat di sini hari ini.
  • Sebanyak 1,200 klinik daif di seluruh negara akan dinaik taraf untuk tempoh 2023 hingga 2025 bagi menjamin mutu perkhidmatan, malah kerajaan juga  bersetuju untuk menyegerakan projek naik taraf fasa pertama di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dengan anggaran kos sebanyak RM500 juta bagi menangani masalah kesesakan.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menubuhkan Institut Kesihatan Mental ekoran masalah tersebut semakin membimbangkan, kata  Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri  berkata, pelaksanaan Rekod Perubatan Elektronik di hospital dan klinik kesihatan juga akan diperluas ke seluruh negara bagi memastikan perkongsian rekod perubatan pesakit di negara ini  lancar, sistematik dan mesra rakyat.

Menurut beliau, kerajaan juga akan meneliti cadangan sewaan peralatan perubatan bagi memastikan mutu rawatan kesihatan  buat rakyat menggunakan peralatan termaju dan berteknologi tinggi. 

“Liputan perlindungan kesihatan akan ditingkatkan melalui perluasan Skim Perubatan MADANI bagi menzahirkan hasrat murni kerajaan dalam membantu golongan kurang berkemampuan,” katanya ketika pembentangan Kajian Separuh Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMKe-12) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Katanya, sebanyak 1,200 klinik daif di seluruh negara akan dinaik taraf untuk tempoh 2023 hingga 2025 bagi menjamin mutu perkhidmatan, malah kerajaan juga  bersetuju untuk menyegerakan projek naik taraf fasa pertama di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dengan anggaran kos sebanyak RM500 juta bagi menangani masalah kesesakan.

Anwar berkata, kerajaan bertekad untuk menambah baik mutu kesihatan rakyat apabila Kertas Putih Kesihatan yang dibentangkan pada 15 Jun lalu menyasarkan reformasi untuk dilaksanakan dalam tempoh 15 tahun melalui anjakan utama Pengukuhan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan.

Sumber: Utusan Malaysia

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author