Connect with us

Terkini

Hui Ying cuba menipu dalam isu pelajar antarabangsa di SMPC – Ketua Pemuda MCA

Pemuda MCA mendakwa kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying mengenai isu pengambilan pelajar antarabangsa di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) pada 14 September lalu bercanggah dengan kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM).

Adam Tan

Published

on

Hui Ying cuba menipu dalam isu pelajar antarabangsa di SMPC – Ketua Pemuda MCA
Foto: Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Datuk Nicole Wong Siaw Ting (kiri), & Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying (kanan).
  • Pemuda MCA mendakwa kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying mengenai isu pengambilan pelajar antarabangsa di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) pada 14 September lalu bercanggah dengan kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM).
  • Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Datuk Nicole Wong Siaw Ting berkata, Hui Ying telah mengeluarkan arahan pada 14 September lalu untuk mengeluarkan surat sokongan serta-merta kepada Jabatan Imigresen pada hari sama jika permohonan memenuhi syarat.
  • “Pihak sekolah telah dimaklumkan (berkenaan status permohonan), tetapi (kementerian) tidak ada niat untuk mengeluarkan surat sokongan serta-merta. Ini bercanggah dengan arahan Lim Hui Ying (pada 14 September lalu),” kata Nicole Wong dipetik media rasmi MCA, Lan Tian.
  • Nicole Wong menyifatkan kenyataan Hui Ying pada 14 September lalu sebagai pembohongan yang cuba menipu masyarakat Cina.

Pemuda MCA mendakwa kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying mengenai isu pengambilan pelajar antarabangsa di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) pada 14 September lalu bercanggah dengan kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM).

Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Datuk Nicole Wong Siaw Ting berkata, Hui Ying telah mengeluarkan arahan pada 14 September lalu untuk mengeluarkan surat sokongan serta-merta kepada Jabatan Imigresen pada hari sama jika permohonan memenuhi syarat.

“Namun, kenyataan KPM pada 16 September lalu berkata Bahagian Pendidikan Swasta Kementerian Pendidikan (KPM) telah menerima 25 permohonan pelajar antarabangsa antara Jun hingga Ogos dan dalam proses kajian.

“Pihak sekolah telah dimaklumkan (berkenaan status permohonan), tetapi (kementerian) tidak ada niat untuk mengeluarkan surat sokongan serta-merta. Ini bercanggah dengan arahan Lim Hui Ying (pada 14 September lalu),” kata Nicole Wong dipetik media rasmi MCA, Lan Tian.

Nicole Wong menyifatkan kenyataan Hui Ying pada 14 September lalu sebagai pembohongan yang cuba menipu masyarakat Cina.

Ketua Pemuda MCA Kebangsaan itu menuntut Hui Ying memberi penjelasan mengenai isu terbabit.

Nicole berkata prospek pendidikan Cina akan penuh dengan cabaran jika Hui Ying meneruskan amalan bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching yang membantu KPM mempromosikan unit tulisan Jawi di sekolah rendah Cina.

Katanya, DAP harus memainkan peranan sebagai “penjaga” mempertahankan hak dan kepentingan pendidikan Cina apabila diberi jawatan Timbalan Menteri Pendidikan dan bukannya menjadi “pembantu” KPM dan membantu “Napoleon kecil” dalam kementerian untuk terus menghakis pendidikan Cina. – The Merdeka Times

Sumber: MCA Lan Tian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending